Maksud Dan Tafsir Mimpi Menurut Islam

Menurut Al-Quran, Nabi Yusuf adalah antara mereka yang dikurniakan Allah kebolehan untuk mentafsir mimpi. Dalam Al-Quran terdapat tiga peristiwa di mana Nabi Yusuf dikaitkan dengan tafsiran mimpi. Semua ini diceritakan dalam Surah Yusuf.

Mimpi Pertama

Nabi Yusuf telah bermimpi 11 bintang, bulan dan matahari sujud kepadanya. Ia diceritakan dalam Surah Yusuf bermula 4 ayat hingga ayat 10.

Maksudnya:”

4. {Ingatlah} ketika Yusuf berkata kepada ayahnya :

“Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan, kulihat semuanya sujud kepadaku”.

5. Ayahnya berkata: “Hai anakku ,janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka membuat muslihat {untuk membinasakanmu} .Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.”

6. Dan demikianlah Tuhanmu memilih kamu {untuk menjadi Nabi} dan diajarkannya kepada kamu sebahagian dari takdir mimpi-mimpi dan disempurnakannya nikmat-Nya kepadamu dan kepada keluarga Ya’qub sebagaimana Keep Reading →

Barat kagumi kehebatan Salahuddin al-Ayubi

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.

Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib Keep Reading →

Prinsip Itik Berenang Bagi Pelajar Cemerlang

Jika kita rasa belajar itu susah, jika kita rasa kepala kita pening dan jika kita rasa hampir putus-asa untuk belajar, jangan bimbang, pelajar cemerlang juga rasakan perkara yang sama. Susah, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah normal, bukan bermaksud kita lemah. Apa yang akan membezakan kita dengan pelajar lain ialah walaupun kita rasa pening, susah dan mahu putus-asa, kita teruskan juga berusaha untuk belajar.

Adik-adik yang saya hormati sekalian, pernahkah adik-adik melihat itik yang sedang berenang di dalam kolam atau tasik? Itik-itik itu semua kelihatan berada di permukaan air dengan tenang dan selesa. Pergerakan mereka sangat lancar dan mereka bergerak ke depan, kiri dan kanan dengan begitu lembut dan indah.

Namun, tahukah kita apa yang berlaku di bawah permukaan air itu? Sedarkah kita yang di bawah permukaan air itu kaki itik sedang bekerja keras mengayuh hampir ke semua arah bagi memastikan itik kekal timbul?

Saya baca kisah itik berenang ini di dalam buku Tuan Fadzli Yusof ‘Kuasa Hijrah, kuasa untuk berubah’. Di dalam buku ini, Tuan Fadzli ada ceritakan tentang satu prinsip yang diamalkan oleh Tuan Nizal Mohammad, pengacara TV terkenal. Menurut Tuan Nizal, walaupun seseorang yang BERJAYA itu kita lihat nampak tenang dan bersahaja, mereka sebenarnya sedang bekerja keras dan bertungkus-lumus Keep Reading →

April Fool? Bukan Untuk Kita!

April Fool? pastinya kita semua sering mendengar mengenai perayaan ini. Perayaan yang disambut pada setiap 1 April yang menghalalkan perbuatan menipu atau berbohong dengan tujuan gurauan dan memperbodohkan orang lain.

April Fool mungkin kelihatan menyeronokkan bagi sesetengah pihak. Hari tersebut dianggap sebagai hari untuk bergurau senda dengan kawan-kawan,saudara mara ataupun sesiapa sahaja dengan cara menipu. Tapi tahukah kita apakah disebalik perayaan april fool dan terfikirkah kita dengan kesan daripada kita menyambut perayaan ini?

Menurut sumber, April Fool merupakan sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Perayaan April Fool bermula daripada satu episod sejarah tragedi besar yang menimpa kaum Muslimin di Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Oleh sebab itu, mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.

Namun begitu, dukacita saya tanyakan, adakah kita semua tahu rahsia di sebalik April fool dan tidak marayakannya atau adakah kita Keep Reading →

Maksud Riak Yang Orang Selalu Salah Faham

Riak ikan di air. Benda yang biasalah kita dengar hari-hari . Apa maksud riak ni sebenarnya? Maksud riak biasanya dikaitkan dengan perbuatan menunjuk-nunjuk di depan orang. Biasa kita dengar, atau kita sendiri kata benda macam ni:

“Aku bukan nak riak..”
“Takmau la buat ni, takut riak pulak”
“Tengok tu, menunjuk- nunjuk. Riak!”

Riak dari segi bahasa maksudnya memperlihatkan, manakala dari segi istilah ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Riak ini adalah sesuatu yang bahaya, maksudnya amatlah kronik sehinggakan ia menjadi kebimbangan Rasulullah SAW, di dalam hadis yang marhumnya,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Syirik maknanya mensekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

Riak menjadi syirik kecil apabila kita menyekutukan Keep Reading →

Jangan Putus Asa dengan Rahmat Allah

Berazam dan bertekadlah dengan bersungguh-sungguh untuk meninggalkan maksiat tersebut. Berusahalah untuk meninggalkannya. Apabila anda terjebak juga, maka bertaubatlah segera. Teruskan taubat anda tanpa henti sehingga tiba suatu masa Allah menerima taubat tersebut dan Allah tarik semua nikmat kemaksiatan dari hati anda.

10 Langkah Mudah Untuk Diamalkan Bertaubah

  1. Taubat Nasuha ( taubat besar yakni taubat bersungguh – sungguh ).
  2. Menyesal bersungguh-sungguh.
  3. Menangis mengenang semua dosa tersebut.
  4. Tidak mengulangi lagi sampai mati.
  5. Menambah amal baik dari hari ke hari.
  6. Meninggalkan semua amal buruk.
  7. Tidak menjejakkan kaki atau melakukan sesuatu seperti mendekati tempat maksiat tersebut atau rapat dengan orang yang telah sama-sama terlibat dengan maksiat tersebut ( jika mampu, ajak orang berkenaan untuk taubat bersama ).
  8. Hijrah ( berubah tempat tinggal/ tempat kerja yang menjurus kearah maksiat tersebut).
  9.  Berdoa dan tidak putus harap kepada Allah.
  10. Seandainya melakukan juga maksiat tersebut setelah mengikuti langkah-langkah ini, tetap ulangi langkah yang sama berulang – ulang kali sehingga akhir hayat !

Sumber: Buku indahnya hidup tanpa derita.

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Keep Reading →