5 Perkara Penting Untuk Wanita ke Syurga

Perkara yang membawa seseorang wanita kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Antaranya, hendaklah melaksanakan kewajipan agama.

Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

Kedua, hendaklah mentaati suami. Hal ini disebut dalam banyak hadis, antaranya hadis riwayat at-Tabarani, daripada Abdullah bin Salam bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

Ketiga, selalu mengingati Allah. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmatAllah.

Keempat, solat malam. Dalam hadis riwayat bu Daud daripada Abu Hurairah r.a dan Abu Said r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: sesiapa yang bangun tengah malam, kemudian membangunkan isterinya, lalu mereka melakukan solat berjemaah dua rakaat, maka mereka akan dimasukkkan dalam golongan orang-orang yang banyak mengingati Allah.

Kelima, berbuat baik dan banyak sedekah. Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian, sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

Sumber: www.islamituindah.my

Kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah

“Program minda atau cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:

Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif.

Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Kos Sara Hidup Yang Makin Tinggi

Melihat keratan ini membuat saya terkejut. Menceritakan tentang berapa pendapatan yang perlu diperolehi untuk hidup pada zaman sekarang. Memerlukan sebanyak RM8,000 satu keluarga untuk dikatakan berada dalam middle income ataupun dalam keadaaan selesa.Kos hidup yang makin tinggi.

RM8,000 mungkin sesuatau yang banyak. Mungkin ada yang mengatakan bahawa kurang daripada itu sebenarnya sudah mencukupi. Mungkin itu benar di luar daripada bandar. Tetapi di bandar saya merasakan ianya logik dan masuk akal.

Bayangkanlah komitmen sebuah rumah teres 2 tingkat yang berharga RM400,000 sudahpun menjangkaui RM2,000 sebulan. Ditambah dengan perbelanjaan terhadap kereta dan purata secara purata RM1000. Belum tambah makanan dan perbelanjaan seharian dan anak.

Jadi hendak atau tidak, ini menjadikan perbelanjaan untuk hidup selesa secara asasnya memerlukan RM3000 ditambah dengan perbelanjaan lain sekitarRM4000-5000. Jadilah keseluruhan sekitar RM8,000 untuk hidup secara selesa di bandar.

Jumlah yang cukup menakutkan.Bagaimanalah tahun 2020.

Salam inspirasi

Sumber:drinspirasi.com

Gred 41 SPA, kurang persaingan?

Salam Sejahtera…

Harap sentiasa dalam keadaan yang bersemangat sentiasa! Anda mesti perasan pengumuman SPA sebelum ini yang membenarkan pemegang Ijazah untuk memohon jawatan Gred 17 dan Gred 27 kan?

Ianya satu berita baik untuk graduan ijazah tetapi ‘agak buruk’ untuk pemegang diploma dan sijil kerana perlu ‘bersaing’ dengan pemegang ijazah. Tetapi untuk Gred 41, persaingan hanya di kalangan pemegang ijazah sahaja. Peluang lebih cerah kerana jumlah ‘pesaing’ sudah dikurangkan! Jadi jika anda dipanggil untuk peperiksaan Gred 41, jangan lepas kan peluang, terus sambar dan berusaha! 15 SEPTEMBER ini, satu jawatan Gred 41dibuka pintunya iaitu, PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

Cara nak lulus senang sahaja, 3 perkara!

1 – Buat persediaan

2 – Hadir peperiksaan

3 – Jawab soalan!

Tapi APA dan BAGAIMANA untuk buat persediaan? Jawapannya ada di sini. Terus ke;

www.pembangunanmasyarakat.com

Anda dipanggil? Jika YA, jangan lepaskan peluang ini!

Salam sukses untuk anda!

Kenapa Aku Masih Gagal?

Teringat pada satu komen dalam salah satu post di facebook mengenai satu soalan yang ditanyakan oleh seorang ahli motivasi terkenal di Malaysia “kenapa masih ada orang gagal setelah berusaha?” Sewaktu saya menjadi pembimbing rakan sebaya waktu di sekolah dahulu, saya sering juga ditanyakan oleh kawan kawan dengan soalan seperti ini.

“Kenapa aku asyik gagal dalam exam jer walaupun dah berusaha dengan kuat?”

“Kenapa aku nampak sorang roomate aku ni asyik study saja siang malam tapi result exam bawah 3 pointer juga….”

Sudah tentu, apabila saya ditanya soalan, saya akan menjawab sekadar yang termampu. Mungkin saya bukan lah orang yang paling layak untuk menjawab soalan ini kerana saya bukanlah orang yang boleh dianggap berjaya tapi sekadar mahu berkongsi pengalaman sahaja. Ya, memang ini soalan yang sering terbuntu di benak fikiran ramai orang termasuk saya sendiri, tapi setelah lama melihat, memerhati dan mengkaji tentang orang orang yang usaha tapi gagal ini, saya boleh merumuskan Keep Reading →

Suami Isteri : Bercintalah Berkali-kali

Melalui pengalaman, semakin meningkat usia perkahwinan perempuan jadi semakin becok tetapi lelaki sebaliknya jadi semakin pendiam. Watak wanita yang pemalu bertukar menjadi peleter kerana kerenah anak-anak dan urusan rumah tangga yang terus bertambah dan bertambah – perjuangan yang tidak selesai-selesai. Manakala lelaki yang dulunya, ceria dan banyak cakap, perlahan-lahan menjadi pendiam (ada kalanya muram) apabila beban penanggungan keluarga semakin bertambah.

Ya, jika tidak dikawal, ujian dan beban rumah tangga akan menyebabkan suami isteri menjadi semakin “bisu”. Isteri mungkin sibuk bercakap itu dan ini dengan anak-anak tetapi kehilangan suara dan kata bila berdepan dengan suami. Suami apatah lagi, jika di luar rumah pun sudah semakin pendiam di dalam rumah lebih-lebih lagi. “Mati kutu” memanjang.

Pernahkah kita kehilangan kata-kata apabila bertemu dengan isteri atau suami? Bukan hendak menyebut kata-kata sayang, cinta dan kasih lagi, malah sekadar untuk bertanya khabar pun sudah terlalu berat. Lidah jadi bungkam. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan lagi. Lalu rumah tangga menjadi sepi. Masing-masing leka dengan hal sendiri. Keep Reading →

Kembara Menggapai Impian

Pendakian menuju ke puncak gunung tidak banyak bezanya dengan perjalanan kita di dalam kehidupan terutamanya dalam menggapai impian. Sebelum pengembaraan bermula, kita telah pun menetapkan matlamat untuk menawan puncak gunung tersebut walau apa cara sekalipun. Namun begitu, setiap orang mempunyai matlamat berbeza.

Ada yang ingin sampai ke puncak untuk menyaksikan keindahan matahari terbit, ada yang ingin merakamkan keindahan puncak gunung sambil berposing, ada yang sekadar menambah jumlah gunung yang telah berjaya ditawan. Ada juga yang ingin membuat kajian tentang flora dan fauna yang wujud di situ, malah ada tidak kurang yang ingin merasai pengalaman berada di puncak gunung dan seterusnya boleh menceritakan pengalaman kesukaran dalam pendakian dan juga kebahagiaan apabila berjaya menawan puncak gunung tersebut. Keep Reading →