Pemilihan Nama Domain dan Web Hosting


Nama domain diibaratkan seperti nama sebuah kedai di mana hanya nama tersebut dikhususkan kepada kedai itu sahaja. Nama domain adalah bersifat UNIK. Tiada nama laman web yang mempunyai nama domain yang sama antara satu sama lain. Apabila anda telah membeli satu-satu nama domain maka orang lain tidak lagi dapat menggunakan nama itu kecuali anda. Contohnya jika anda membeli nama domain www.klinikmotivasi.com, dengan itu orang lain tidak lagi boleh membeli lagi nama domain tersebut.

Memilih nama domain  yang pendek adalah faktor penting dalam pembelian nama domain kerana ia senang dan mudah diingat. Sehubungan dengan itu, nama domain yang pendek dan senang diingat menyebabkan kebarangkalian untuk pelanggan datang kembali laman web anda adalah lebih tinggi.

Jika anda memilih untuk untuk menjual buku secara online, nama laman web yang sesuai untuk anda ialah bukuonline.com dan bukannya perniagaaanbukuonlinesaya dot com. Ini kerana jika nama domain terlalu panjang akan menyebabkan kebarangkalian untuk pengunjung membuat  kesilapan eja akan berlaku. Selain itu, jika nama domain yang anda ingin beli telah digunakan anda perlulah memilih nama domain yang paling hampir dengan nama perniagaan anda.

Seterusnya bagaimana untuk memilih webhosting. Pemilihan web hosting mungkin satu perkara  yang sangat subjektif kerana terlalu banyak tawaran yang disediakan oleh penyedia-penyedia web hosting tidak kira dari segi harga, saiz ruang web dan  khidmat support  dan sebagainya. Ia juga bergantung kepada jenis penggunaan laman web anda. Jika laman web anda memerlukan pelanggan perlu download seperti ebook atau video dalam kuantiti yang banyak maka anda perlu memilh pakej web hosting yang besar.

Bagi menjalankan  perniagaan internet dalam negara, anda boleh mendapatkan perkhidmatan penyedia  webhosting tempatan, dibawah ini disenaraikan beberapa laman web yang mempunyai reputasi tinggi dan menerima respon yang baik dari pelanggan mereka.

www.sempoihosting.com

www.netkl.com

www.ecommercemastery.com

www.namsahaz.com

www.planhoster.com