Kendiri Positif Lawan Kendiri Negatif

Remaja yang mempunyai konsep kendiri yang positif biasanya mempunyai sifat-sifat berikut:
- Yakin pada diri sendiri. Aku boleh !
- Berfikiran positif, sihat dan terbuka.
- Mudah mesra dan sentiasa ceria.
- Memahami cita-cita dan matlamat hidupnya.
- Mudah mendapat kejayaan dalam sesuatu perjuangan.
- Pandai berinteraksi dengan orang lain.
- Tidak terlalu sensitivif, bersedia menerima teguran dan kritikan daripada orang lain.
- Mempunyai minat yang baik.
- Tidak rendah diri.
Sementara remaja yang mempunyai konsep kendiri yang negatf, mempunyai sifat yang sebaliknya.
- Tidak yakin pada diri sendiri.
- Berfikiran tertutup dan tidak mahu menerima pandangan orang lain.
- Tidak ceria dan susah mesra dalam hubungan keluarga, rakan dan masyarakat.
- Tidak mempunyai cita-cita yang jelas dan tidak tahu apakah matlamat hidupnya.
- Sukar berjaya.
- Kekok semasa berinteraksi.
- Bersikap sensitif dan tidak boleh menerima teguran.
- Rendah diri dan rasa hina diri.
Konsep kendiri mempunyai hubungan yang rapat dengan tahap pencapaian akademik. Lazimnya remaja yang mempunyai konsep kendiri positif menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajarannya. Manakala remaja yang konsep kendirinya negatif kebanyakkannya lemah dalam bidang akademik.
Sumber: Buku Remaja Pasti Sukses !