Pengetahuan Adalah Kuasa

Sejak kecil kita disuruh oleh ibubapa kita supaya belajar bersunguh-sungguh. Bermula dari sekolah rendah, menengah  dan universiti. Kita sentiasa mendengar orang berkata “belajar bersungguh-sungguh kerana ilmu itu penting untuk masa depan”.

Dengan  adanya ilmu pengetahuan kita mempunyai kebolehan dan kemahiran yang membolehkan kita diterima untuk menjawat sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi. Contohnya untuk diterima menjadi seorang peguam bertauliah memerlukan masa empat tahun untuk menghabiskan masa di universiti dengan mencari ilmu pengetahuan.

Manakala dari segi keusahawanan pula seseorang usahawan perlu  mencari ilmu dengan mempelajari dari  tokoh-tokoh usahawan dari dalam dan luar negara, selain banyak  membaca buku dan menyertai seminar keusahawanan. Ini kerana dengan ilmu seseorang boleh menjadi seorang yang hebat. Benarlah kata cerdik pandai ilmu pengetahuan adalah kuasa.