Sistem Autoresponder
Sistem autoresponder adalah salah satu perkara yang penting untuk memastikan aktiviti pemasaran yang dijalankan di internet berjalan dengan berkesan. Sebenarnya tidak semua pelawat terus membeli produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan apabila melayari laman web buat kali pertama. Hal ini disebabkan, ada yang melayari laman web dalam tempoh yang singkat dan bercadang melayarinya pada masa yang lain. Tetapi mereka terlupa dan tidak melawat langsung laman web kita.
Dengan adanya sistem autoresponder, ia mampu menguruskan situasi itu dan memastikan pelawat yang berpotensi membeli produk kita. Contoh penyedia perkhidmatan sistem autoresponder yang popular dan berbayar ialah www.getresponse.com dan www.aweber.com . Jika anda masih belum mampu menggunakan autoresponder berbayar anda boleh mencuba autoresponder percuma dahulu. Walaubagaimanapun pada pendapat saya, jika anda serius dalam perniagaan internet sebaik-baiknya anda terus gunakan perkhidmatan autoresponder berbayar.
Sistem autoresponder amat diperlukan oleh usahawan internet bagi membantu dalam melakukan kerja-kerja seperti follow up kepada pelanggan. Pelawat melayari laman web kita dan melihat informasi tawaran yang diberikan. Sekiranya pengguna berminat dengan tawaran itu, mereka bertindak dengan mendaftar masuk ke dalam sistem autoresponder menerusi borang pendaftaranyang dikenali sebagai borang opt in. Pada borang ini, mereka perlu memasukkan nama dan alamat e-mel. Kemudian, mereka diminta melakukan pengesahan terhadap pendaftaran tersebut. Pengesahan ini dibuat dengan klik link pengesahan yang dibekalkan menerusi e-mel yang dihantar kepada mereka.
Selepas mereka melakukan pengesahan, mereka sentiasa menerima e-mel follow up daripada pemilik sistem. Memiliki sistem autoresponder adalah umpama memiliki seorang setiausaha peribadi yang membantu melakukan kerja marketing menerusi e-mel secara automatik setiap hari tanpa henti. Melakukan follow up merupakan satu perkara yang penting dalam meningkatkan sesuatu jualan produk.
Kelebihan menggunakkan sistem autoresponder ialah dapat mengumpul dan menguruskan senarai prospek. Memiliki sekumpulan prospek yang berminat dengan tawaran dan produk serta dapat memastikan bisnes kita mampu menghasilkan pendapatan yang diimpikan. Contohnya, kita menjual produk yang untungnya sebanyak RM10, sekiranya 500 orang daripada prospek kita membeli produk tersebut, keuntungan adalah sebanyak RM 5000.