Hakikat Sebuah Kejayaan

Kerjaya dalam bidang pendidikan menyaksikan sedikit kecenderungan manusia mengejar sesebuah kejayaan yang satu. Dalam dunia bergelar siswa dan siswi, PNGK 4.0 menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Kegigihan mereka yang inginkan kejayaan terserlah dengan kegigihan mereka bersusah payah datang setiap hari berjumpa pensyarah untuk bertanyalan soalan.

Keadaan ini sungguh menyentuh hati. Terkadang meningkatkan semangat pensyarah untuk terus memberikan seberapa banyak ilmunya sehingga di saat akhir. Akhirnya pelajar sebegini akan mendapat apa yang diimpikannya. Tempiasnya kepada pensyarah yang mengajar mereka. Tersenyum lebar dan puas atas penat lelah melayan karenah pelajar sebelumnya. Ini juga sebuah kejayaan bagi seorang pensyarah.

Itulah kejayaan pada manusia. Berjaya mengejar cita-cita. Berjaya mendapatkan kereta idaman. Berjaya menambat hati orang tersayang. Berjaya mengumpul harta. Kejayaan demi kejayaan ditempuhi manusia menjadikannya puas dan bahagia. Bahagia kerana kejayaan ini diperolehi hasil titik peluh dan penat jerih dalam masa-masa tertentu. Kecenderungan kepada nilai material dan angka yang besar menjadi kayu ukur untuk berjaya. Markah yang tinggi, anak yang ramai dan harta yang banyak. Keep Reading →

Master Dulu Baru Kahwin

“bukan mak tak bagi kau kahwin, tapi kalau boleh biarlah ada Master dulu…”

Itu adalah apa yang ibu saya sendiri luahkan mengenai hasrat saya untuk melangsungkan perkahwinan. Hasrat saya dan pasangan untuk bernikah adalah untuk menghalalkan perhubungan kami. Pernah ibu bertanya, kenapa mahu kahwin sedangkan kami masih muda (kami berumur 24 tahun). Saya kini di tahun akhir pengajian manakala pasangan saya sudah bekerja. Ibu juga pernah berpesan, kalau takut zina, berpuasa dan sebagainya. Saya menerima nasihat ibu dan cuba menghindarkan diri dari perbuatan yang dimurkai. Tetapi, semakin hari saya rasakan saya semakin tidak kuat untuk mengharungi cubaan dalam sesebuah perhubungan.

Saya dan pasangan sudah lama mengenali diri masing masing. 2012 menandakan hubungan kami cukup 6 tahun. Kali pertama pasangan saya menyatakan hasrat untuk meminang dan berkahwin ialah pada tahun 2010, ketika itu saya sedang menduduki tahun pertama ijazah selepas tamat diploma. Ibu saya menolak secara keras menyatakan hasrat kepada pasangan bahawa dia ingin melihat saya menggenggam master dahulu dan bekerja, kemudian barulah fikir soal kahwin. Selepas kejadian tersebut, ayah menasihati saya supaya tidak membincangkan perkara sedemikian kepada ibu sebaliknya berurusanlah dengan ayah, kerana dia adalah wali. Maka selepas itu, saya turuti apa yang dinasihati. Keep Reading →