Kenapa Dakwah Dengan Facebook ?

Dakwah boleh dilakukan dalam bentuk yang pelbagai. Dakwah boleh dilakukan dengan ceramah umum, kajian, tulisan di majalah atau blog, atau sekadar menghantar mesej ringkas (sms). Dakwah boleh menggunakan banyak media, termasuk dalam perkara ini adalah jejaringan sosial ketika ini yang diminati di seluruh dunia, iaitu Facebook.

Jika menggunakan Facebook, maka gerakan dakwah harus tetap terjaga. Jangan sampai penggunaan kemudahan moden membuat kita lupa daratan. Tujuan kita hidup adalah untuk beribadat. Termasuk di dalam beribadat ini adalah berdakwah.

Tidak ada Islam tanpa dakwah, dan tidak ada dakwah tanpa Islam.

Islam datang kepada umat manusia untuk menyelamatkan manusia dari mala petaka dunia untuk menuju jalan yang penuh selamat. Oleh hal demikian, ia menarik ramai orang untuk memeluk agama Islam secara ikhlas, tidak terpaksa, dan berdasarkan pertimbangan yang matang.

Facebook ketika ini telah menjadi jejaring sosial yang paling diminati. Kerana, ia berfungsi sebagai media yang cukup berkesan untuk melakukan dakwah.

Dipetik dan Diubahsuai : Buku Facebook Sebelah Syurga, Sebelah Neraka.

3 Kepentingan Kem Motivasi

Antara kepentingan Kem Motivasi ialah untuk memantapkan faktor-faktor yang positif kearah mencapai tingkah laku yang diigini, iaitu:

1. Kem motivasi menambah kesan faktor kekeluargaan dalam mencorakkan perkembangan pelajar secara pendekatan autoritatif yang menanam sikap positif yang mendorong kea rah pencapaian harga diri yang tinggi.
2. Kem motivasi membantu menyumbang kepada faktor rakan sebaya melalui aktiviti berpasukan. Aktiviti seumpama ini meningkatkan kemahiran menyesuaikan diri dalam kumpulan secara khususnya dan dalam kelompok semua peserta secara umumnya.
3. Sekolah sebagai ejen sosialisasi dapat diadaptasi dalam kem-kem motivasi. Contohnya, peserta kem dapat belajar mematuhi norma dan peraturan-peraturan dalam populasi barunya semasa menyertai kem. Ini kerana, sepanjang kem berlangsung, nilai-nilai disiplin yang ketat perlu dipatuhi tanpa sebarang kompromi. Pada waktu ini, nilai-nilai yang diingini perlu diterapkan supaya peserta mengawal tingkah laku yang diharapkan dan seterusnya memenuhi kehendak masyarakat.

Hasilnya, kem-kem motivasi seumpama ini diharapkan dapat melahirkan pelajar ataupun rakan sebaya yang prihatin serta mampu meningkatkan nilai individu ke tahap yang lebih tinggi.

Petikan: Buku Panduan Melaksanakan Kem Motivasi

4 Tip Meningkatkan Daya Ingatan

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan.  Antaranya ialah:

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.