Etiqa Takaful

Instrumen Hibah dan Wasi dalam Insuran Takaful Membantu Pengagihan Harta Alih Dengan Lebih Cepat Kepada Waris.
Hibah dan Wasi adalah instrumen penting dalam pembahagian harta dalam Takaful. Hibah adalah pemberian. Wasi adalah pemegang amanah. Orang yang mengambil insuran takaful dipanggil peserta.

Peserta mendapat sejumlah wang pampasan kiranya ditimpa musibah. Andai kata peserta meninggal dunia sejumlah wang akan diberikan kepada waris beliau. Disini pemberian secara hibah atau wasi mengambil peranan. Kiranya peserta lelaki membuat hibah keseluruhan pampasan kepada isterinya. Maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan harta tersebut tanpa perlu difaraidkan. Ini kerana hibah/pemberian tersebut dibuat ketika peserta masih hidup. Seandainya peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah) Maka isteri akan membahagikan pampasan kepada waris tersebut mengikut persetujuan kesemua waris ataupun secara faraid.

Permasalahan isu pembahagian harta mengikut penama, wasi dan hibah kadang kala boleh menjadi rumit. Ini disebabkan terdapat perundangan civil dan perundangan syariah dalam mengendalikan kes. Banyak juga faktor yang mendorong pertindihan kuasa dalam perlaksanaanya.

Ibu bapa yang menyertai skim Takaful Etiqa akan melayakkan anak mereka menerima hibah.
HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan (‘iwad).

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah.

Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. Sabda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari)

Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya”. (riwayat Al-Nasa’i)

Sabda Baginda SAW lagi: “Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya”. (riwayat Al-Nasa’i)

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah.

Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi.

Rukun-rukun bagi hibah ialah pemberi hibah (al-wahib), penerima hibah (al-mauhub lahu), benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).

Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara.

Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal.

Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah.

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. Contohnya; Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.