Yakin Dengan Sedekah

Klinik Motivasi - Sedekah

Sedekah bukan diberikan untuk melihat – lihat ganjaran Allah di sebaliknya. Akan tetapi, ia diberikan kerana keiklasan dan mengharap reda Allah.

Abdullah bin Wahab al – Misri bercerita:

“Haywah bin Syuraih mendapat gaji tahunan sebanyak 60 dinar. Setiap kali mendapatnya, beliau tidak akan pulang ke rumah melainkan beliau telah bersedekah dengannya. Kemudian apabila sampai di rumah, beliau mendapati apa yang disedekahkan di atas katilnya.

Beliau mempunyai seorang anak saudara. Apabila si anak saudara ini mendapat tahu kisah itu, lalu dia pun bersedekah dengan wang gajinya.

Kemudian dia mengharapkan apa yang disedekahkan itu ada di atas katilnya, tetapi hampa. Lalu dia mengadu Haywah.

Haywah berkata: “Aku memberinya kerana Tuhanku dengan keyakinan akan ganjarannya. Sedangkan engkau memberikannya kerana Tuhanmu dengan niat mencuba – cuba sahaja.”

(Wafayat al-A’yan,Ibn Khallikan)

# Sejak kebelakangan ini, orang Melayu kita suka mencari ilmu dengan pergi ke bengkel dan seminar – seminar. Pada pendapat saya, ia sesuatu aktiviti yang sangat bagus kerana dapat mengisi masa lapang di hujung minggu dengan mencari ilmu.

# Dalam bengkel dan seminar tersebut Trainer/Penceramah mungkin ada memberi tahu kelebihan – kelebihan sedekah. Itu sesuatu ilmu yang bagus. Apa yang saya ingin tekankan kat sini adalah kepentingan NIAT itu sendiri. Bersedekah mesti kerana untuk mendapat reda Allah. Bukan bersedekah untuk cepat kaya sahaja. FAHAM !