Umur 23 Tahun Dapat Tawaran Sambung PhD

Nurliyana Mohd Yusof, dari Kampung Charuk Semeliang, mukim Siong Baling Kedah pelajar genius pada umur 23 tahun beliau mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang ekonomi telah mengejutkan seluruh penduduk kampungnya.

Anak kedua pasangan Mohd Yusof Hussin, 49, dan Norsiha Amir, 48, cemerlang dalam akademik dan kokurikulumnya membuatkannya terpilih untuk mengikuti ­pengajian peringkat PhD. Nurliyana berkata, tawaran itu adalah hadiah paling bernilai kepadanya dan keluarga untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup serba sederhana.

“Tawaran ini akan digunakan sebaik-baiknya. Saya ­tidak menyangka akan terpilih untuk melanjutkan pengajian setinggi ini,” katanya. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UUM itu turut berbakti kepada penduduk kampungnya dengan menganjurkan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

“Ilmu yang dimiliki adalah untuk disampaikan kepada orang lain. Jadi, sesuai saya membantu penduduk kampung ini dalam pelajaran mereka. Kini, saya perlu menyambung pelajaran. Sekiranya tamat pengajian kelak, saya ­terus membantu mereka yang memerlukan terutama dalam pelajaran,” katanya kepada wartawan.

Nurliyana yang bercita-cita menjadi penganalisis ­ekonomi itu tidak pernah menjadikan kekangan hidup sebagai halangan kepadanya.“Bagi saya, tumpuan dan latihan adalah perkara yang paling penting. Usaha dan doa kita akan mendapat hasil yang setimpal,”

Sumber: Sinar Harian Online