Time Management

Satu perkara yang penting dalam hidup kita : PENGURUSAN MASA. Jika kita gagal dalam pengurusan masa kita, kita boleh dikatakan gagal dalam mengatur perjalanan diri kita sendiri. Sering kali kita mendengar, orang memberi alasan ; ‘takde masa’. Lebih-lebih lagi, alasan ini banyak digunakan oleh pelajar-pelajar. Pernahkah kita berfikir tentang orang yang lagi sibuk dari kita sebagai contoh perdana menteri kita? Semua orang diberikan masa yang sama, iaitu 24jam sehari. Oleh dengan kebijaksaan dan kepentingan pengurusan masa inilah semuanya akan lebih teratur dan kita boleh membuat bermacam-macam kerja.

Saya berkenalan dengan seorang pelajar Phd. di universiti tempatan, yang juga sedang rancak melakukan perniaagaan sendiri dan juga memikul tangungjawab sebagai felo kolej serta research assistant. Dia dapat melakukan semuanya dengan baik, sehinggankan dia boleh mencapai pendapatan 5 angka sebulan melalui perniagaannya, mengikuti seminar-seminar yang berkaitan dengan penyelidikannya dalam mahupun luar negara dan menulis jurnal-jurnal hasil dari kajiannya. Semuanya boleh melakukannya, andainya ada motivasi dan displin yang kuat disamping pengetahuan tentang pengurusan masa.

Ambil masa untuk anda mencatit, apa perkara yang anda perlu lakukan. Bak kata orang putih ‘To Do List’. Lebih baik anda menulis pada awal bulan semua tugasan yang perlu anda lakukan pada bulan tersebut, dan updatekan tugasan itu pada awal minggu jika terdapat perubahan. Dan check list itu pada malam sebelumnya. Jika anda sudah mahir dalam hal ini, makin banyak perkara yang anda boleh lakukan dalam sesuatu masa kerana anda mempunyai pembahagian masa yang rapi.

Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.

Cukuplah setakat ini, marilah kita sama-sama meningkatkan motivasi diri untuk menjadi masyarakat yang terbilang, gemilang dan cemerlang.

Sumber:perfectexcel.com