Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan Moden Kini

kitaran kehidupan di dunia bayi remaja muda tua
Inilah kehidupan…

Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka…

Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

Qanaah : Merasa Cukup

Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dalam hati kita.

Tiga fasa yang ‘melucukan’ dalam kehidupan moden kita kini dan kadang – kadang sehingga ‘membunuh’ potensi sebenar kita..

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga