The Power Of Sedekah ( Kuasa Sedekah )

kuasa memberi klinik motivasi

Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog klinik motivasi tentang cerita pendek The Power Of Sedekah ( Kuasa Sedekah ) yang saya yakin mempunyai pengajaran yang berharga disebalik cerita ini.

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tidak pernah kering. Nama Telaga itu Bi’ru Rummah ( Telaga Pemanah ). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yang dimiliki oleh seorang bangsa Yahudi. Maka orang Yahudi itu telah bertindak menjual air dari telaga tersebut dengan harga yang sangat mahal.

Sehubungan dengan itu, akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman Affan. Keadaan ini, menyebabkan Saidina Othman Affan bertemu Yahudi tersebut dan berunding mahu membeli telaga tersebut. Yahudi tidak mahu menjual sebab dia tahu dia untung besar. Saidina Othman Affan akhirnya minta beli separuh saja telaga itu. Yahudi tersebut pun bersetuju. Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari lagi milik Saidina Othman Affan.

power_sedekah_klinik_motivasi
Orang Yahudi itu sangka dia cerdik sebab Saidina Othman Affan memang peniaga yang popular dikenali oleh orang Arab tentulah perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan. Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tidak lagi beli air daripada Yahudi itu sebab pada hari milik Saidina Othman Affan dia memberi orang Islam dan bukan Islam air percuma. Jadi hari giliran milik orang Yahudi itu siapa pun tidak mahu membeli air.
Akhirnya orang Yahudi itu mengalami kerugian yang teruk dan mahu menjual kepada Saidina Othman Affan separuh bahagian lagi telaga itu kepada Saidina Othman Affan sebab dia sudah rugi. Saidina Othman Affan beli dengan 20,000 dinar. Kemudian dia waqafkan kepada orang Islam. Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta mahu beli telaga itu daripada Saidina Othman Affan.

Beliau tanya berapa harga yang dia sanggup bayar? Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kaliganda harga yang beli oleh Saidina Othman Affan. Beliau tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar ?
Hartawan menjawab, sembilan kaliganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman Affan . Saidina Othman Affan masih tidak setuju. Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagikah yang sangggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya.
Maka Saidina Othman Affan menjawab Allah. Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma. Dengan takdir Allah ditepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga akhirnya berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.

Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar – tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang diambilalih dan tubuhkan bank atas nama Saidina Othman Affan di salah satu bank Saudi. Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah ditepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang dan dinamakan Hotel Othman Affan sebagai mengenang jasa Saidina Othman Affan. Yang anehnya setelah 14 kurun sedekah Saidina Othman Affan masih bercambah dan membiak membuak –buak tanpa hentinya. Inilah kelebihan sedekah. Dan ia menjadi pahala pasif walaupun pemilik sudah tiada di dunia ini.

Oleh itu marilah sama – sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan menyebarkan kisah ini dengan klik button dibawah. InsyaAllah anda akan dapat pahala sedekah berganda- ganda.