The Power Of Hope ( Harapan )

hope
Terdapat empat batang lilin yang sedang menyala. Sedikit demi sedikit keempat – empatnya mencair dan meleleh. Suasana pada malam itu pula begitu sunyi sehingga terdengar perbualan mereka sesama sendiri.
Lilin pertama berkata, “ Aku adalah Damai, tetapi manusia tidak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Maka sedikit demi sedikit, lilin pertama itu terpadam.

Lilin kedua pula berkata, “Akulah Iman. Sayang .. aku tidak berguna lagi kerana manusia tidak mahu mengenaliku. Untuk itu tiada gunanya aku terus menyala.” Sejurus selesai berbicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan perasaan sedih, lilin ketiga pula berkata, “Aku adalah Cinta, namun aku tidak mampu lagi untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Malah mereka sering membenci, bahkan membenci mereka yang bercinta dan membenci keluarganya.”Tanpa menunggu lama, lilin ketiga pula mati.

Tanpa diduga, tiba –tiba seorang kanak –kanak perempuan memasuki kamar tersebut dan melihat ketiga –tiga lilin telah terpadam.

“Eh! Apa yang telah terjadi? Kalian seharusnya tetap menyala kerana aku takut berada dalam kegelapan!” ujar kanak –kanak itu lalu menangis tersedu –sedan.

Lilin keempat tiba –tiba menjawab, “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita masih boleh menyalakan ketiga –tiga lilin yang lain kerana akulah Harapan!”

Dengan mata yang bersinar –sinar, kanak –kanak itu mengambil lilin Harapan lalu menyalakan kembali ketiga – tiga lilin lain yang telah terpadam.

Salah satu anugerah Allah pada manusia ialah HARAPAN. Apabila kita tahu ada peluang dan mengharap maka kita akan terus berusaha tanpa mengenal putus asa. Oleh itu, gantunglah harapan pada Allah. Letaklah harapan yang tinggi. Yakinlah satu hari Allah pasti makbulkannya.

Seorang manusia mesti mempunyai harapan dalam hidupnya. Oleh itu, manusia yang tidak mempunyai harapan pada hakikatnya ialah manusia yang mati.

Sehubungan dengan itu, harapan setiap manusia di dunia ini ialah ingin hidup bahagia bukan hanya di dunia malahan di dunia yang satu lagi ( akhirat.) Sekian.