Takut Kena Kritik Apa Nak Buat ?

kena kritik

Salam Sejahtera..

Kali ini saya ada cerita menarik untuk dikongsikan dengan anda tentang kritikan. Dalam kehidupan seharian sememangnya ada orang yang suka mengkritik kita, kalau kritikan membina mungkin kita boleh terima jika kena caranya tetapi ada orang yang suka memberi kritikan negatif. Malahan ada orang yang memperlekehkan saya, apa lah tulis blog motivasi ni bajet nak jadi pakar motivasi ke ?. Dan sebenarnya terpulang kepada kita untuk buktikan yang kita akan terus berusaha tidak kira apa orang kata ( Ada aku Kisah ) ayat orang muda zaman sekarang. Cerita yang saya ingin kongsikan kali ini adalah cerita Anak dan Ayah Bersama Keldai.

Pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung, ada seorang lelaki yang tinggal bersama dengan anaknya. Lelaki itu bekerja sebagai seorang pencari kayu api. Setiap hari dia dan anaknya dengan ditemani oleh seekor keldai akan memasuki hutan bagi mencari kayu api untuk dijual. Anaknya itu pula mempunyai sikap yang tidak baik iaitu apabila dia menyuruh melakukan sesuatu perkara, dia akan mencari berbagai alasan untuk menyanggah perintah ayahnya.

Dia malu kepada orang yang selalu mengejeknya sebagai seorang pencari kayu api yang dianggap hina. Disebabkan itu dia kerapkali tidak mahu mengikuti ayahnya apabila diajak bersama mencari kayu. Ayahnya pula sangat dukacita dengan sikap anaknya itu yang suka mendengar kata – kata orang berbanding dirinya sendiri.

Lelaki itupun cuba untuk menyedarkan anaknya. Suatu hari dia seperti biasa mengajak anaknya mencari kayu api. Anak itu dengan berat hati terpaksa juga menuruti kehendak ayahnya. Bersama keldainya mereka lalu berjalan hinggalah sampai ke satu tempat di mana kelihatanlah sekumpulan wanita yang sedang bersembang. Sebaik sahaja tiba di situ salah seorang daripada mereka berkata: “ Apalah bodohnya mereka itu, ada keldai tetapi tidak digunakan untuk tunggangan.” Keep Reading →