Klinik Motivasi Terapi: Penyakit Obsesive Compulsive Disorder ( OCD )

Terapi minda klinik motivasi com
Salam Sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca blog klinik motivasi tentang sejenis penyakit OCD dalam bahasa saintifiknya atau dikenali penyakit was – was dalam kalangan masyarakat melayu nusantara. Artikel ini saya petik dan ubah suai daripada akhbar metro.

Saya pernah mandi selama empat jam, gunakan kertas pasir untuk membersihkan tangan yang terkena contengan pen dan solat semula di rumah kerana tak yakin dengan bacaan Imam ketika solat di masjid.
Demikian kata Talhah Daud yang kini berusia 44 tahun mengenai masalah was – was melampau dan kronik yang pernah dialami sehingga dua kali perkahwinannya gagal kerana kedua – dua bekas isteri tidak tahan dengan sikap peliknya.

Talhah berkata, selama 20 tahun dia menderita dengan masalah itu, malah ada yang menganggapnya orang gila sebelum pakar memberitahu dia sebenarnya menghidap penyakit Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD ).
Hasil kegigihannya ‘ berjuang ‘ untuk bebas daripada belenggu penyakit aneh itu, Talhah kini bukan saja pulih seperti sedia kala, malah bertukar kerjaya daripada kakitangan swasta kepada pakar motivasi yang mengkhusus dalam merawat penyakit OCD.

Selama 20 tahun hidup saya kucar – kacir. Saya menjadi terlalu sensitif dengan persekitaran sehingga gagal mengawal diri dan paling memeritkan apabila dua perkahwinan saya gagal.

Talhal berkata, gejala OCD mula dirasainya ketika berusia 23 tahun sebelum mengganggu seluruh hidupnya. Saya baru pulang daripada kerja ketika itu dan mahu mengambil wuduk untuk untuk solat Isyak. Tiba – tiba saya berasa wuduk tidak sah menyebabkan saya mengambilnya berulang kali. Keep Reading →