Jawatan Penolong Akauntan Gred W27

Kumpulan: Sokongan

Kementerian / Jabatan : Jabatan Akauntan Negara

PANDUAN PEPERIKSAAN BERTULIS PENOLONG AKAUNTAN W27

Jadual Gaji:

P1 : RM1,366.27 – RM3,570.75
P2 : RM1,444.90 – RM3,781.10
P3 : RM1,526.94 – RM3,998.07

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Syarat Lantikan:

– Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,667.08 ]
– Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan P1 : RM1,892.68 ]
lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i. mempunyai kelayakan di atas; atau
ii. lulus Peperiksaan Khas; dan
iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

Panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27

Peperiksaan bertulis Penolong Akauntan W27 adalah antara peperiksaan bertulis terbesar yang akan dianjurkan oleh SPA dalam bulan Jun 2012 ini. Ini kalau berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa calon yang mengambil peperiksaan Penolong Akauntan W27 adalah lebih kurang 2 000 orang. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada calon yang akan menduduki peperiksaan ini, adalah lebih baik anda mempersiapkan diri memandangkan persaingan kali ini tidaklah sesedikit sesi-sesi peperiksaan yang lepas.

Pada kali ini, sukalah kami berkongsikan sedikit panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27. Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini memberikan manfaat yang sebaiknya kepada anda para calon.

1. Sebagai calon yang memiliki diploma berkaitan bidang kewangan dan perakauanan anda seharusnya mengulangkaji perkara-perkara yang disenaraikan di bawah:

– Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972)

– Arahan Perbendaharaan

– Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan terkini (yang berkaitan dengan kewangan)
– Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia terkini.

– Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkaitan dengan Sistem Perakaunan Mikro.

2. Lakukan rujukan tambahan, manalah kita tahu kalau-kalau Arahan Perbendaharaan juga ditanya. Bacalah sepintas lalu berkenaan hal-hal berikut:

 

Bab A – Acara Kewangan

Bab B – Acara Pengakaunan

Bab C – Audit, Kehilangan dan Acara Hapus Kira

Financial Procedure Act 1957 (disemak 1972) – Act No. 61

3. Tugas-tugas hakiki seorang Penolong Akauntan W27 biasanya merangkumi tanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.

 

4. Walaupun kemungkinan untuk soalan berkaitan Jabatan Akauntan ditanya adalah rendah tetapi kita tidak boleh mengabaikan kemungkinan ini. Oleh itu adalah bijak sekiranya anda turut melakukan sedikit bacaan berkenaan struktur, misi, visi dan lain-lain hal berkaitan jabatan ini di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Lagi pula terdapat banyak info lain yang bermanfaat untuk anda di sana.

Diharapkan panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W27 yang dikongsikan ini anda jadikan garis kasar untuk memulakan perancangan anda dalam menghadapi peperiksaan ini. Untuk panduan yang lebih lengkap dan komprehensif menghadapi peperiksaan ini, dicadangkan anda mendapatkan rujukan yang lebih lengkap melalui pautan di bawah:

 

>> Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Akauntan W27 <<