Mereka Bukan Umat Yang Membaca

Terlalu sedikit di kalangan umat kini yang giat membaca. Daripada sedikit yang membaca itu, terlalu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahami ini, lebih sedikit lagi yang beramal dengannya. Inilah realiti sebenar umat Islam masa kini biarpun ianya adalah sebuah realiti yang pahit untuk ditelan kita semua.

Umat Islam kini dilemaskan dengan kehidupan yang melalaikan serta hiburan yang tidak mendidik jiwa sehingga minda dan intelektual yang merupakan senjata ampuh umat ini telah semakin tumpul untuk digunakan bagi membangunkan diri, keluarga dan telah menyebabkan umat kini semakin ketinggalan di arus kehidupan yang deras ini.

Tahukah anda, berapa buah buku yang dibaca oleh rakyat negara lin jika dibandingkan dengan masyarakat kita dalam setahun ?

Jepun – 40 buah buku setahun
Eropah – 10 buah buku setahun
Arab – 20 muka surat setahun

Malaysia – 2 muka surat setahun’

Nah, sebab itulah seorang tokoh Yahudi pernah berkata bahawa,”Kita tidak perlu takut dengan orang Islam kerana mereka bukanlah Keep Reading →