Antara Pangkat dan Impian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 tahun lepas, aku seakan bermula semula dari “0″. Aku terpaksa meminjam duit dari adik perempuanku(dengan agreement bertulis) untuk dijadikan modal pergi bekerja. Tidaklah banyak, hanya RM150 sahaja. Namun sangat bermakna pada aku yang benar-benar kontang ketika itu. Jumlah itulah segala-galanya untuk keperluan sementara mendapatkan gaji pertama.

 

Aku bekerja di sebuah kilang. Bekerja bersama2 warga Nepal & Bangladesh. Tinggal di hostel berkongsi tilam dengan ramai orang. Makan bersukat. Biasanya bajet makan hanya RM2 sehari, malah seringkali terpaksa dikurangkan sehingga 0.60sen sahaja. Terima kasih kepada makcik yang selalu menjual nasi goreng kosong dengan harga 0.60sen kepadaku, walhal harganya adalah RM1. Seperti dia tahu kesusahanku ketika itu, walau tidak pernah aku zahirkan. Banyak ruang perut aku isi dengan air suam, kadang2 sampai 3 liter sehari.Keadaanya lebih perit bilamana tiba shift malam. Pukul 2-4 pagi biasanya adalah masa tidur yang paling nyenyak. Namun kami lencun dengan peluh.Seolah bekerja di bawah panas matahari. Memang selayaknya begitu, kerana aku bersama pekerja2 lain bekerja di bahagian produksi yang sedia panas. Kilang membuat Tilam & Bantal!

 

Sebelumnya, beberapa tahun sebelum ini, aku biasa bekerja di bahagian pengurusan, pentadbiran dan pemasaran. Agak mewah dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak majikan.Lantas roda kehidupan berputar laju ke bawah. Memberi aku peluang merasakan hidup sebagai buruh kilang bersama warga asing!

 

Satu perkara yang aku bersyukur pada masa itu ialah, aku tidak pernah meninggalkan solat, juga berjemaah di masjid andai tidak terikat dengan waktu kerja. Mengenang kembali hari-hari itu, aku yakin itulah satu-satunya “dahan” kukuh tempat aku berpaut. Andai waktu bekerja bermula pada jam 8.15, aku akan iktikaf di Masjid mulai dari solat subuh hinggalah terbit matahari, dan di akhiri dengan solat sunat dhuha sebelum pergi kerja dengan berjalan kaki. Amalan ini memberikan aku satu perasaan yakin bahawa aku berada dalam lindungan Keep Reading →

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...