Mengapa perlu meminang sebelum bernikah ?

cincin pertunangan
Pertunangan dalam bahasa Arab disebut sebagai “Khitbah”. Ia adalah permulaan kepada ikatan perkahwinan. Pertunangan juga disebut sebagai lamaran wanita untuk berkahwin.

Dalam Islam, pertunangan ini sama sekali tidak pernah menghalalkan sebarang hubungan di antara pasangan yang bertunang. Ia hanya semata – mata janji untuk berkahwin dan bukannya sudah berkahwin.

Oleh itu, hubungan pertunangan antara lelaki dan perempuan masih lagi dikira sebagai hubungan orang asing yang perlu dijaga batasannya. Pasangan bertunang sama sekali tidak dibenarkan berdua –duaan mahupun bermusafir bersama – sama melainkan dengan ditemani oleh salah seorang mahramnya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud,
“ Tidak halal bagi seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahramnya. Maka pihak ketiga yang ada bersama – sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan.
( Riwayat Tirmizi )

Hukum bertunang dalam Islam adalah harus. Keep Reading →

Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.

2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.

3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.

4. Seiring dengan bertambahnya usia, `keperkasaan’ si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.

5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.

6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan. Keep Reading →

Kenapa Aku Masih Solo?

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

 

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa.

Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman. Keep Reading →