Mengenali Personaliti Diri Sendiri – Dr Fazilah Kamsah

Kita sebenarnya tidak mengenali diri sendiri..kerana itu pelbagai tanggapan yang timbul..banyak yang mengaitkan personaliti kita dengan bulan dan tarikh kelahiran kita..kita didedahkan dengan bintang VIRGO,LIBRA dan sebagainya..apakata kita teliti personaliti kita dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato’Dr Fazilah Kamsah..sekadar panduan dan jangan dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje…

RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak. Keep Reading →

Kejayaan Sebenar

Salam sejahtera…

Kejayaan dalam bentuk kekayaan yang melimpah tidak melambangkan kejayaan. Saya sering menekankan bahawa kita cenderung menggunakan alat pengukur yang keliru dalam menilai kejayaan hidup, dalam menilai kejayaan yang sebenarnya di kalangan manusia.

Wang dan kekuasaan adalah hal-hal sementara di dalam kehidupan dan kadang-kadang  tidak digunakan demi keuntungan umat manusia.

Kejayaan sebenarnya hanya ditemui pada hati lelaki dan wanita tidak kira kaya mahupun miskin, yang mengabdikan dirinya untuk berbuat baik, untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih layak untuk dihuni, tanpa kekacauan, kecuali semata-mata kehangatan hati dan pertumbuhan modal insan. Kejayaan bukanlah pameran diri di depan masyarakat, melaiankan perkhidmatan terhadap orang lain dalam masyarakat.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Mengenal Diri

Salam Sejahtera…

Tuhan mencipta manusia dengan penuh kesempurnaan dan sebaik-baik kejadian. Setiap manusia pula dibekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri. Anugerah Tuhan ini sebenarnya boleh dijadikan asas untuk kecemerlangan diri.

Manusia juga mempunyai beberapa kelemahan yang boleh diatasi melalui perubahan sikap dan pemikiran. Malangnya ramai daripada manusia tidak menggunakan akal fikiran untuk melakukan sesuatu atau untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimana kita dapat melakukan sesuatu yang berkesan tanpa berfikir ? Tindakan, perasaan, perlakuan malah kebolehan kita adalah dipengaruhi oleh cara kita melihat dan mentafsirkan diri kita.

Terdapat manusia yang tidak mempunyai kemahiran sepanjang hayatnya kerana gagal atau tidak mempunyai  kemahuan untuk mahir dalam satu-satu bidang. Perkara yang menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang adalah bergantung kepada tahap mengenali diri sendiri. Orang yang berjaya biasanya terdiri daripada orang yang benar-benar telah memahami dan mengenali diri sendiri. Selagi kita tidak jelas dengan diri sendiri jangan harap kita akan bersedia untuk berubah.

Sekian sahaja untuk kali ini…