Kata – Kata Motivasi Berterusan

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.

Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu keazaman untuk berjaya di atas kegagalan anda semalam dengan membina bangunan hidupmu untuk hari esok dengan meletakkan batu-bata tujuan yang teguh dan sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam, ukirkan menara-menara yang hebat, bagi membenam lembah-lembah air mata kehampaan. Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan. Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang. Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan Keep Reading →

Kata-kata Motivasi Masalah Adalah Cabaran

“Orang gagal sering melihat beban kesusahan setiap kali di landa masalah manakala orang berjaya melihat peluang memajukan diri di sebalik masalah. “

Masalah adalah kesusahan.

Bagi orang berjaya, masalah adalah cabaran. Mereka menganggap masalah sebagai cabaran, bahkan memandang masalah sebagai ‘cabaran yang ada thrill’.

Cabaran itu adalah untuk dihadapi dan diatasi, bukan untuk diratapi atau disesali.

Sebaik-baik cara untuk menghadapi masalah adalah fokus menyelesaikannya.

Selesaikan masalah, bukannya asyik terbeban oleh masalah atau menyalahkan Tuhan kerana memberi anda masalah.

Sumber: imotivasi.net