Mind-Set Para Graduan Perlu Ditukar…

motivasi

Salam Hormat,

Pengalaman saya baru-baru ini berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar sebuah sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga 5 amat menarik sekali. Sepanjang 1 jam perkongsian saya, apabila soalan ditanya mengapa mereka perlu belajar rata-rata pelajar menjawab belajar untuk ke menara gading.

Ini adalah matlamat mereka mengapa mereka perlu belajar dan skor dalam peperiksaan. Hal ini juga berlanjutan hinggalah ke universiti, iaitu ramai yang menyatakan mereka perlu skor dalam peperiksaan untuk mendapat CGPA yang baik supaya menjamin mereka mendapat pekerjaan yang baik. Mind set ini telah lama ditanam di dalam kepada bakal graduan hinggalah apabila tiba saat mereka memohon pekerjaan, tekanan demi tekanan mereka hadapi. Keep Reading →

Bagaimana Cara Mengatasi Malas

Malas adalah satu sikap yang boleh membuatkan manusia gagal dalam hidup. Ramai yang bercita-cita tinggi tapi tidak mencapai impian tersebut kerana sikap malas. Bagaimana cara mengatasi malas ? Cara mengatasi malas yang paling mudah adalah mengetahui terlebih dahulu punca mengapa seseorang itu boleh menjadi malas.

Berikut adalah beberapa punca yang sering dikaitkan dengan malas

  1. Tiada motivasi diri
  2.  Badan sering letih dan lesu kerana kekurangan vitamin
  3. Terpengaruh dengan orang lain
  4. Tiada dorongan dari orang terdekat.
  5. Pengambilan ubat yang melemahkan mental dan fizikal

Sikap malas ini boleh diatasi dengan cara.

  1. Dekatkan diri dengan tuhan untuk mengelakkan gangguan dan hasutan syaitan.
  2.  Memperbanyakkan membaca kisah motivasi yang berkaitan dengan orang yang malas.
  3. Amalkan doa untuk mengelak diri dari malas
  4. Selalu ingat tanggung jawab terhadap keluarga dan diri sendiri.
  5. Tanam sikap positif dan buang segala sikap buruk.
  6. Tetapkan matlamat hidup dan perancangan yang rapi.
  7. Memperbanyakkan memakan makanan yang membekalkan vitamin dalam badan
  8. Untuk mengatasi malas ini anda perlu ubah cara hidup anda.Buat sesuatu kerja dengan pantas dan segera jika rasa malas. Keep Reading →