Taubat Sekumpulan Perompak

kisah taubat sekumpulan perompak klinik motivasi
Salam Sejahtera..

Pada zaman dahulu terdapat sekumpulan lelaki yang bekerja sebagai perompak. Ramailah pedagang – pedagang yang melalui kawasan tersebut yang menjadi mangsa mereka. Pada suatu malam mereka berpakat untuk merompak di sebuah rumah salah seorang kaya di bandar itu. Mereka lalu menyamarkan diri sebagai tentera – tentera Islam yang baru pulang dari jihad pada jalan Allah. Rancangan mereka ialah untuk merompak rumah tersebut pada keesokan malamnya.

Setelah sampai mereka lalu mengetuk pintu rumah sambil menerangkan kepada tuan rumah: ‘Kami adalah dari pasukan jihad dan baru pulang dari medan perang. Sesungguhnya kami telah tersesat jalan dan jika diizinkan tuan dapatlah kiranya kami bermalam di rumah ini.’

Tuan rumah itu amat berbesar hati kerana sudah menjadi satu kebanggaan menyambut para pejuang yang baru pulang dari medan jihad. Semasa makan malam mereka terpandangkan seorang kanak – kanak yang terbaring lesu di ruang tamu tersebut. “ Siapa budak itu?” Tanya ketua perompak tersebut. Lelaki kaya itu lantas menjawab: “ Ohh.. itu anak saya. Tubuhnya cacat dan sudah berbagai – bagai ubat dan tabib yang kami jumpa untuk menyembuhkannya. Tapi Allah belum lagi mengizinkannya.”

Selepas makan malam, perompak – perompak itu berpura – pura mengambil mengambil wuduk untuk menunaikan solat malam bagi mengabui mata tuan rumah tersebut bahawa mereka sememangnya tentera Islam yang baik dan bertakwa.
Ketika itulah lelaki kaya itu berfikir: “ Hmm. Baik aku ambil sedikit sisa air wuduk mereka yang berjihad pada jalan Allah ini. Manalah tahu dengan keberkatan mereka itu anakku akan sembuh.” Keep Reading →