Kisah seorang Janda Kematian Suami

kisah seorang janda kematian suami

Suatu pagi seorang suami seperti biasa bersiap untuk ke tempat kerja. Dalam perjalanan ke kilang tempat beliau bekerja, beliau telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang dahsyat. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian dengan meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan berusia 5 tahun. Di luar rumah mereka, terdengar bunyi ketukan di pintu. Apabila si isteri membuka pintu, beliau terkejut melihat tiga orang anggota polis dengan diketuai seorang Inspektor berdiri di luar. Dengan nada yang pilu, Inspektor berkenaan terpaksa menyampaikan berita yang menyedihkan itu kepada si isteri yang berdiri kaku. Jeritan dapat didengar oleh jiran apabila berita tersbut disampaikan kepada beliau. Apa yang dapat dilakukan lagi kerana kematian itu adalah benar.

Dua minggu kemudian, seorang jiran menceritakan bagaimana beliau melihat sebuah lori kecil berhenti dihadapan rumah balu tersebut dan beberapa lelaki telah masuk ke dalam rumah. Selang beberapa minit, lelaki-lelaki ini keluar dengan membawa bersama-sama mereka beberapa peralatan berharga dari rumah tersebuut seperti peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan set hi-fi. Selang beberapa hari kemudian datang sebuah lagi lori dan kali ini mereka membawa keluar set sofa, set meja makan, alamari besar dan sebuah katil besar.

Satu bulan kemudian, jiran mereka dapat menyaksikan satu lagi senario. Kali ini, empat orang lelaki yang berbadan tegap datang ke rumah tersebut. Setelah salam diberi, si balu tersebut yang kebelakangan ini jarang dapat dilihat oleh jiran mereka keluar untuk menemui lelaki-lelaki ini. Salah seorang lelaki tersebut telah mengeluarkan sehelai kertas dan menunjukkan kepada balu tersebut sambil menunjuk-nunjuk ke arah kereta Toyota Corolla. Kemudian balu tersebut dengan rela hati menyerahkan kunci kereta kepada mereka dan mereka pergi meninggalkan balu tersebut yang berdiri kaku sambil menyapu air matanya yang mengalir dipipi. Lelaki tersebut adalah wakil daripada syarikat kewangan yang datang untuk menarik kereta kerana bayaran telah tertunggak. Keep Reading →