Media Arus Perdana Dimiliki Parti Politik

media arus perdana

 

Saya tidak fikir muka depan akhbar kerajaan akan memaparkan kejayaan pembangkang, sama halnya laporan Umno positif di akhbar milik Keadilan. – Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali

Media arus perdana di negara ini dimiliki oleh parti politik dan cenderung berkhidmat dengan ‘political masters’ mereka.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, rakyat sudah memahami dan menerima keadaan itu.

“ Semua orang tahu, media arus perdana dimiliki oleh parti politik seperti Umno dan MCA. Begitu juga akhbar yang dimiliki oleh DAP, Keadilan dan Harakah. Orang Malaysia perlu diterima, waima kerajaan atau pembangkang. Saya tidak fikir muka depan akhbar kerajaan akan memaparkan kejayaan pembangkang, sama halnya laporan Umno positif di akhbar milik Keadilan.

‘Orang PKR berharap keluar muka depan di akhbar Umno dan ini perkara mudah. Kita hanya membazir masa. Kita patut tahu akhbar dimiliki oleh parti tidak akan memihak parti lawan’, katanya semalam.

Namun, kata Abd Jalil, rakyat tidak boleh menyalahkan hal itu dan rakyat perlu terima. Katanya, apa yang dibimbangkan dan masalah yang patut direnung apakah peranan media tidak kira arus perdana atau tidak laporannya itu memberi kesan kepada proses pengundian yang perlu dibincangkan.

Sementara itu, katanya, beliau tidak pasti sejauh mana peranan akhbar boleh mempengaruhi undi. ‘Saya tidak pasti perangkaan menunjukkan jika membaca akhbar arus perdana akan memilih Umno,’ katanya.

Hakikatnya, Abd Jalil berkata, pastinya ada sedikit kesan, namun perlu diterima bahawa rakyat telah membuat keputusan terlebih dahulu. Katanya, kajian boleh dilakukan sama ada oleh Merdeka Center dan boleh buat kesimpulan adakah peranan media pengaruhi corak pengundian rakyat.

‘Dalam era siber ini, katanya, semua orang boleh jadi media. Persoalannya apakah yang dibaca itu mempengaruhi anda untuk memangkah pembangkang atau kerajaan,’katanya.

Menjawab pertanyaan moderator, perlukah media dimiliki parti politik. Namun beliau berpandangan, dengan tidak memberi ruang kepada pihak lawan akan menyekat rakyat mendapat maklumat.

Sumber: Sinar Harian