Bercouple Atau Jual Mahal

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber’dating’ sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu. Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen.

Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti.

Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak. Keep Reading →

Panduan Memilih Bakal Isteri (Sambungan)

Salam Sejahtera…

Seperti yang telah dijanjikan, kali ini ialah sambungan daripada post yang lepas iaitu Panduan Memilih Bakal Isteri. Artikel ini dipetik dan diubahsuai daripada kitab Ihya’ Ulumuddin. Semoga ia dapat memberi input yang berguna kepada pembaca blog ini.

Kelima: Subur ( tidak mandul )

Hendaklah mencari wanita yang dapat melahirkan anak yang ramai. Oleh itu sekiranya seseorang lelaki itu mengetahui bahawa calon isterinya adalah seorang yang mandul, sebaiknya batalkan sahaja niat untuk mengahwininya.

Keenam: Gadis

Hendaklah wanita itu anak dara bukan janda. Dalam perkara ini Rasullah pernah bersabda kepada sahabatnya Jabir r.a. kerana ia mengahwini seorang wanita janda:

“Alangkah baiknya kalau isterimu itu seorang anak dara yang engkau dapat bermain-main dengannya dan ia dapat bermain-main denganmu.”

(Diriwayat oleh Bukhari dan Muslim)

Ketujuh: Keturunan yang baik.

Hendaklah wanita itu dari golongan keturunan yang baik dan ini bermakna wanita itu berasal dari ayah dan ibu yang baik atau hidup dalam keluarga yang kuat pegangan agamanya serta selalu melakukan kebaikan, sebab  wanita yang sedemikian akan dapat mendidik serta mengasuh anak-anaknya dengan adab sopan yang terpuji.

Kita tentu maklum bahawa apabila wanita itu kurang baik didikannya, tentunya tidak dapat mendidik dan mengasuh anak-anaknya dengan baik. Pendidikan serta ajaran yang diberikan pada anak-anaknya mungkin didikan dan ajaran yang tidak baik juga.

Kelapan: Bukan dari keluarga yang terdekat.

Hendaklah wanita itu bukan dari keluarga yang terdekat, sebab perkara itu mungkin dapat mengurangkan syahwat.

Sekian sahaja untuk kali ini…

Nota Cinta Buatmu

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

“Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman…”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya Keep Reading →