Dulu Buta Huruf, Kini Dapat Ph.D

KUALA LUMPUR – Biarpun tidak mampu menulis dan membaca ketika belajar di sekolah rendah suatu ketika dahulu namun, ia bukanlah penghalang kepada Dr. Mohd. Nawi Ismail untuk memperoleh ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam pengajian Usuluddin dan Pemikiran Islam di Universiti Malaya (UM) semalam.

Mohd. Nawi, 43, yang merupakan seorang pensyarah mengalami rabun mata dan cacat sebelah kaki sejak dilahirkan mengakui, dia adalah murid lemah ketika itu tetapi anak jati Pasir Puteh, Kelantan itu mula bangkit ketika berusia 15 tahun.

“Apabila melangkah ke sekolah menengah selepas menjalani pembedahan membuang selaput di mata, saya mula berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya memperoleh Ph.D Keep Reading →

Kisah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Salam Sejahtera…

Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?  Beliau merupakan seorang usahawan yang cukup popular dengan kemurahan dan sumbangan kepada masyarakat. Beliau merupakan idola saya dalam bidang perniagaan. Kerana sikapnya yang rendah diri, seorang manusia yang kalau boleh hendak mengelak dari ‘publisiti’, kamera dan temuramah. Kalau diikutkan beliau adalah antara 10 orang terkaya di Malaysia.

Kita lihat bagaimana pemikiran Syed Mokhtar dibentuk sejak dari kecil lagi. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, sehingga terpaksa berhenti sekolah, Syed Mokhtar tidak pernah berputus asa. Beliau membantu keluarganya dengan membuat bisnes kecil-kecilan. Dari situlah bermulanya minda usahawan beliau.

Bermula dengan menjual dan mengedarkan beras, semangat untuk berjaya terus membara. Beliau melibatkan diri di dalam jual-beli, logistik dan perkapalan. Apa yang penting di sini ialah kita lihat persepsi Syed Mokhtar terhadap duit yang ditanam oleh ibu bapa beliau. Kata mereka, “Duit yang kamu dapat itu adalah kepunyaan orang miskin dan orang susah.”

Selain itu beliau pernah berkata “ Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tetapi apa yang saya lakukan sekarang.”

Pada 1996, Syed Mokhtar menubuhkan Yayasan Al- Bukarhary bagi membantu golongan kurang berkemampuan yang mana beliau merupakan penyumbang tunggal. Yayasan ini membiayai mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan Matematik kepada lebih 20 ribu pelajar setiap tahun serta memberi Biasiswa Kolej kepada 300 pelajar di lebih 40 buah negara. Di antara 1996 dan 2006, Yayasan Al- Bukhary sudah menyumbang lebih 1 billion untuk pelbagai aktiviti.

Sekian dahulu untuk kali ini…

ps:  Adakah saudara juga mempunyai idola seperti saya ?