Tinggalkan Kerjaya PTD di Sektor Awam Untuk Menjadi Usahawan

Bisnes T-Shirt Salam Sejahtera..

Kali ini penulis ingin berkongsi cerita yang diambil dari rencana Majalah Metro iaitu motivasi dan ispirasi kepada usahawan dan bakal usahawan. Selepas berkhidmat selama setahun setengah sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD ) Wan Nur IIani Wahed dan suaminya Abdullah Amran , mula menjual baju- T berjenama sendiri, IIanicious dan Couple T-Shirt Malaysia (CTM) secara dalam talian untuk mencari wang sampingan. Tambahan pula, kedua – duanya memang meminati fesyen dan rekaan baju- T menarik. Atas keyakinan yang tinggi, pasangan ini berani mengambil keputusan berhenti kerja.

Mereka memilih untuk menjadi usahawan walaupun kerjaya keusahawanan mempunyai risiko untuk mengalami kerugian. Mereka tahu bahawa ‘ sebuah kapal paling selamat berada di pelabuhan. Namun, adakah itu tujuan kapal dicipta ?

Orang yang merasakan dirinya mempunyai potensi yang tinggi akan menceburi bidang ini walaupun ia mempunyai risiko yang tinggi. Profesion ini menjanjikan pulangan yang jauh lebih baik berbanding dengan kerja makan gaji.

Kami percaya rezeki Allah SWT ada dalam bidang perniagaan yang ceburi. Selain itu, kami mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang agak banyak dalam masa singkat. Bukan itu sahaja, kami dapat melakukan aktiviti disukai setiap hari dan bebas mengatur hala tuju kerjaya semasa usia muda.

Menceburi bidang perniagaan sejak akhir tahun 2012, pelbagai suka dan duka ditempuh bersama sekali gus menguatkan semangat untuk terus bersaing secara positif dengan usahawan lain. Malah pasangan ini pernah diejek segelintir rakan yang memandang rendah usaha mereka untuk memiliki baju- T jenama sendiri. Niat murni dan cita-cita yang tinggi untuk mengeksport produk keluaran jenama sendiri hingga ke luar negara juga disalah anggap. Keep Reading →