Tabung Gaji yang Salah oleh Azizul Azli Ahmad

TABUNG GAJI YANG SALAH

1. Dapat gaji lompat gembira terus belanja kawan KFC dan Secret Resepi

2. Bukak Maybank2U bayar semua hutang kasut, bill internat, kad kredit, online Lazadah dan Axia yang baru beli.

3. Belanja lagi sebab masih ada baki, kan sale krismas dan hujung tahun tengah berjalan nie.

4. SIMPANAN?- mana boleh simpan, dah abis belanja semua. ‘Vangang’ dan jongang’ sungguh diorang nie.

Asik suruh simpan je…enjoy la sikit! Hidupkan sekali!!!! nanti kufur nikmat tak sempat rasa semua ini !

KAEDAH BUAT ANDA KACAK DAN CANTIK MENAWAN

1. Hari gaji-dengan senyum yang manis buat simpanan TH atau ASB 10% dari gaji. Jika masih bujang simpanan 35% gaji baru berseri.

2. Bagi Bonda Tercinta 5% dari gaji anda.Lebih banyak, lebih berkatnya.

3. Bayar bill dan hutang yang ada

4. Belanja dibawah kemampuan hidup sederhana, ia bukan dosa. Sederhana itu mulia.

5. Peruntukan sedekah tabung Jumaat itu kekal ada. Kekalkan warna ‘merah’ atau ‘jingga’ saja. Jangan masukkan seringgit lagi, malu pada Tuhan yang memberi.

Kekalkan tabiat menyimpan, jangan rasa terbeban. Orang bijak ada wawasan bukan koleksi tudung faredadee.

#RancangGajiDenganBijakMenawan