Strategi Kejayaan Untuk Kekayaan

1. Sikap

  • Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang kita lakukan, ia adalah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang. Kita mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang mahu dilakukan, jika mahukan sesuatu kejayaan.
  • Samada kita berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja atau apa sahaja yang ingin dilakukan, kita mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang kita sendiri harapkan, sepatutnya terus bersikap positif. Jika kita bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya harus berfikiran secara positif dan berkata kepada diri sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”. Aku tak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.
  • Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila kita melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya kita merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang sedang di lakukan.
  • Jika kita bersikap positif, semua perkara yang kita sedang lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang kita tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “aku mahu menyiapkan kerja ini sehingga selesai kemudian aku boleh buat kerja yang aku suka !”. Cubalah teknik ini dan capailah perbezaannya.

2. Ambil tindakan

  • Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan2 tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan2 mula menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.
  • Jika kita mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi kita mesti dan perlu membuat tindakan. Kemudian apabila kita sudah mula melakukan sesuatu, haruslah bersedia untuk mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.
  • Jika sudah mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama difikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA!
  • Aku mempunyai ramai kawan2 yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea2 bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh aku sendiri yang melakukan bisnes tersebut. Aku memang boleh menolong mereka, dengan beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika kita tidak membuat tindakan, kita menafikan hak sendiri untuk satu kejayaan.

3. Tukar Bagaimana kita Diprogramkan

  • Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “ belajar pandai2 dan dapatkan kerja yang baik”. Harap korang janganlah tersalah anggap, aku fikir apabila kita disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes kita sendiri!
  • 80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin semua sudah sedia maklum, jika benar2 mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.
  • Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang mudah dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Sedang difikirkan

  • Aku tidak kisah berapa baik memori yang korang ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak sendiri yang sarat dengan maklumat. Apabila kita sudah menulisnya korang tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika sudah mempunyai idea – tuliskan.
Jika mempunyai masalah sekalipun – tuliskan.

  • Apabila kita mula menulis sesuatu masalah, korang akan dapati bahawa kita boleh berfikir dengan lebih jelas, dan suatu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika kita mula menggunakannya, sudah pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian

  • Jika kita tidak mempunyai sasaran, ternyata kita tidak akan dapat apa pun. kita mesti mempunyai matlamat,korang perlu tahu kemana destinasi sebenar, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian sendiri. Pengalaman aku berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila aku tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.
  • Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian kita sendiri perlu berusaha untuk mencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

Tips ini adalah untuk diri saya sendiri dan untuk semua yang menyinggah ke blog saya ini juga untuk kekawan lama dan baru yang tak putus2 memberi sokongan padu pada saya.Terima kasih kepada semua.

Sumber: hairilhazlan.com