Seorang Gadis Cantik dan Syarat Perkahwinan

gadisSalam Sejahtera…

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Seorang gadis cantik hendak berkahwin tapi dia mahukan seorang suami yang sangat warak. Maka dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa saja yang ingin menikahinya dengan syarat:

1) Lelaki tu kena puasa sepanjang tahun

2) Lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari

3) Lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Takda seorang pun lelaki sanggup nak terima syarat itu kecuali seorang pemuda yang sederhana perwatakan dan penampilannya.. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dengan lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan mereka, si isteri memerhati suaminya itu.

“Eh.. tak puasa pulak laki aku hari ni. Macamana nak puasa setahun?”

“Hmm.. aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni…”

“Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?”

Selepas sebulan akhirnya si isteri hilang sabar. Dia menyangka dan fikir suaminya telah menipu dirinya. Akhirnya si isteri pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan “ditipu oleh suaminya”.

“Masa nak nikah dulu dia selamba je setuju segala syarat yang saya letak. Dah kahwin langsung tak tunaikan.. Penipu!” Rungut si isteri kepada hakim.

Hakim pun bertanya kepada si suami, “kamu ingat apa syarat2 nikah yang isteri kamu telah berikan?”

“Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam tanpa henti setiap hari, khatam Quran setiap hari..” Jawab si suami dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. “Habis tu kamu buat tak?”

Si suami tu selamba jawab, “buat.”

Hakim menjerkah, “Isteri kamu kata kamu tak buat. Macam mana ni?”

Si suami tak nak mengalah. “Sungguh saya buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report kad kot bagitau saya buat apa hari ni? Nanti riak la pulak.”

Hakim tak puas hati. “Baik, hari ni kamu puasa tak?”

“Tak.”

Hakim terus potong ayat, “hah! Kamu tak puasa hari ni, habis macamana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?”

Si suami itu selamba menjawab, “Rasulullah telah bersabda sekiranya seorang itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dengan puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seperti berpuasa sepanjang tahun.”

Hakim tu tersentak. “Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun susah nak cari masa..

Si suami itu terus menjawab, “saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seperti dia telah membaca keseluruhan al-Quran.” Kata si suami sambil tersenyum lebar kepada hakim.

Hakim itu makin tergamam. “Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?”

Si suami itu sekali lagi tersenyum. “Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yang berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seperti dia telah beribadah sepanjang malam”.

Begitulah hujah yang diberikan si suami sambil terus menyambung, “islam itu indah, yang arif”. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorang itu berdasarkan banyaknya amalan seseorang itu yang dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai-pandailah kita bahagikan masa selaku manusia yang menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia…

Hakim terangguk-angguk lalu memerintahkan si isteri bangun. “Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorang lelaki yang bukan sahaja sangat warak tetapi juga berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan…”

Si suami tersenyum puas..