Sabar Dalam Ujian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sabar dengan ujian

Subuh menjelma selepas hari gelap. Segala makanan terasa amat sedap setelah kita melalui kelaparan. Kita terasa amat lega terjumpanya tandas setelah menahan diri dariĀ  membuang air sekian lama. Semua di atas ada hikmahnya.

Semua ini terjadi kerana Allah ingin menyedarkan kita untuk bersabar dalam mengharungi segala ujian-Nya, kerana semuanya adalah untuk mendapat ganjaran Allah atau menginsafkan dosa kita pada akhirnya.

Oleh itu, umat Islam digesa sentiasa berusaha, sentiasa mencuba, rajin dan tabah untuk keluar daripada sebarang kemelut ujian Allah.

Kerana semua ini akan menekadkan dan mendekatkan jiwa dan semangat kita dan taqwa kita kepada Allah. Jangan putus harap, jangan putus asa, teruskan mencuba dan ingatlah Allah selalu dan Senyum, insha- Allah kita akan jumpa cahaya.

Sumber: Buku Senyumlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The following two tabs change content below.
Klinik Motivasi adalah medium perkongsian ilmu berkaitan dunia 'motivasi' kepada masyarakat.