Realiti Sebenar Urus Media Sosial Facebook oleh Saiful Nang

Saiful Nang Academy
Menurut Saiful Nang secara purata, page beliau akan block dalam 5 hingga 10 orang setiap hari. Walaupun selepas kena block mereka akan keluar statement seperti:
“aku cakap baik-baik”
“Aku tegur elok-elok jer”
“Aku tak buat apapun”
“Aku cuma kritik jer”

Namun pada realiti, menurut Saiful Nang lagi yang kena block itu ialah mereka yang jatuh dalam kategori salah satu atau lebih dari satu yang berikut:

– Komen perkauman
– Komen dengan kata-kata kesat
– Komen menyentuh sensitiviti agama Islam dan Agama lain
– Komen penyebaran fitnah
– Iklan gigolo/sugar mummy/sugar daddy whatever
– SPAM
– Post flood seperti “rainbow” dan “Najib Sila Letak Jawatan” yang ditulis berulang-ulang (tulis sekali tak kena ban).
– Serangan peribadi kepada pemilik page dan organisasi-organisasi yang diwakili (PM will be much appreciated).

Selain dari itu, anda boleh lihat ada banyak lagi komen yang tidak bersetuju dengan page Saiful Nang juga kritikan-kritikan masih dibiar berada di page itu tanpa di delete. Maka, jika anda sampai kena ban itu bermakna anda memang layak di ban.

Beliau buat page itu bukan nak kejar like pun. Kalau hari ni semua nak kempen UNLIKE PAGE ini pun beliau tak kisah. Masuk page ini ada undang-undang ( adat – adat ) untuk menjaga tingkahlaku dalam memberi komen bagi menjaga keharmonian perkongsian pandangan. Nak kutuk, nak maki, nak troll, nak attack semua buat di page atau fb masing-masing.

Jika page Meran ( Amran Fans ) takde undang-undang tidaklah page Saiful Nang perlu ikut style page Meran atau page-page lain. Beliau tak marah walaupun awak post maki dan kutuk sekalipun tapi sila buat di page lain…yang tu beliau tak boleh block. ( luar kawal beliau )

Kalau awak like page ini pun bukan Mark Zuckerberg bagi saya 1 dollar per like. Kalau tak like page ini pun beliau tetap akan menulis.

Takziah kepada yang dah kena ban. Tak perlulah nak tulis minta simpati meroyan di fb sendiri kononnya tak bersalah dan tak buat apa-apa konon. Bagi yang dah baca sila jangan nak percaya sangat ada orang yang tidak buat apa-apa tiba-tiba kena ban. Memang ramai sehari 5-10 orang admin ban mengikut garispanduan di atas.

Tetapi jangan risau kerana yang dah kena ban cuma tak boleh menulis komen jer. Mereka boleh teruskan membaca posting-posting ini cuma tidak boleh komen sahaja. Menurut Saiful Nang lagi Page itu demokrasi, tapi cakap maki hamun itu bukan demokrasi bagi menzahirkan perbezaan pendapat.

Sila tag kepada mereka yang dah kena ban oleh page beliau agar mereka hangin. ( Nada mengejek )
Kesian, Terima kasih

Saiful Nang

Ps: Beliau merupakan pengasas Saiful Nang Academy Sdn Bhd