Pentingnya Ilmu Pengetahuan

ilmu-pengetahuan

Salam Sejahtera..

“ ALLAH mengangkat beberapa darjat orang – orang yang beriman dan orang – orang yang diberi ilmu pengetahuan.” ( Al – Mujadalah: 11 )

Sebuah enjin kapal telah rosak. Sudah seminggu kapal saudagar yang kaya raya tidak dapat meneruskan pelayaran. Pemilik kapal tersebut telah memanggil beberapa orang pakar untuk membaiki kerosakan, tetapi selepas seorang demi seorang pakar cuba membaik pulih enjin kapal itu, ternyata tidak ada seorang pun yang boleh membaiki enjin kapal itu sehingga pulih seperti biasa.

Akhirnya, seorang lelaki tua dipanggil setelah mendengar khabar bahawa lelaki tua itu mempunyai kepakaran yang luar biasa tentang enjin pelbagai jenis kapal.

Lelaki tua itu datang dengan membawa sebuah beg besar yang penuh dengan alatan baik pulih. Sebaik tiba di bahagian enjin kapal, dia terus memerhatikan enjin dari atas hingga ke bawah.

Semua orang tekun memerhatikan orang tua itu. Masing – masing berharap agar orang tua itu tidak merosakkan lagi enjin kapal itu yang memang sudah sedia rosak. Perlahan – lahan, orang tua itu mengeluarkan pemutar skru dari dalam beg besar yang dibawanya tadi. Dia lantas mengetatkan beberapa skru kecil sebelum menoleh ke arah pemilik kapal tersebut lantas bersuara, “Siap!”

Hairan dengan apa yang dilihatnya, pemilik kapal itu segera menghidupkan enjin kapalnya dan dia nyata terkejut kerana enjin kapal itu dapat dihidupkan.

“ Terima kasih banyak –banyak, pak cik. Memang sahlah pak cik pakar membaiki enjin kapal,” ucap pemilik kapal itu sambil tersenyum lebar. “ Perlu tak saya bayar apa – apa kepada pak cik?”

“ Sudah tentu! Semua sekali RM10 ribu ringgit,” jawab orang tua itu.

“ Apa ? RM 10 ribu ringgit ? Tapi pak cik tak buat apa – apa pun! Pak cik cuma ketatkan skru yang longgar itu saja,” bangkang pemilik kapal itu penuh kehairanan. “ Macam mana boleh jadi RM 10 ribu ringgit ?”

“Orang tua itu tersenyum lalu menjawab, “ Upah mengetatkan lima skru, RM10.00, tahu skru mana yang perlu diketatkan, RM9999.00.”

Pemilik kapal itu tidak berani lagi mahu menjawab. Akhirnya, dia terpaksa menyerahkan RM 10 ribu ringgit kepada orang tua itu hanya disebabkan orang tua itu tahu bahagian mana yang perlu diketatkan.

Ps: Adakah ilmu pengetahuan penting ?