Motivasi Bisnes Warisan Haji Ismail Group

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD (678246 M) telah diperbadankan secara rasmi pada 11 Januari 2005. Perniagaan ini ditubuhkan untuk mengambil alih syarikat persendirian yang ditubuhkan atas nama PERNIAGAAN HAJI ISMAIL. Pengasasnya adalah Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang mula menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan pada tahun 1987 di No.2, Bazar MARA Kuah, Langkawi sebelum berpindah ke alamat No.66, Jalan Pandak Mayah 5, Pusat Bandar Kuah, Langkawi dan kekal sehingga sekarang.

Perniagaan yang bermula berasaskan perniagaan keluarga telah diperkembangkan untuk menyahut seruan kerajaan dan selaras dengan Langkawi yang telah diistiharkan sebagai PULAU BEBAS CUKAI. Berbekalkan kesungguhan dan kerjasama seluruh ahli keluarga, kini PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD telah melebarkan cawangannya, kini PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD telah dikenali di seluruh Negara amnya kerana kualiti produk dan harganya yang murah serta berpatutan.

PERNIAGAAN HAJI ISMAIL GROUP SDN BHD adalah merupakan syarikat perniagaan bumiputera yang menjalankan perniagaan runcit barangan bebas cukai di Pulau Langkawi. Di antara barangan jualannya adalah Pinggan Mangkuk, Kelengkapan Dapur, Coklat, Bagasi, Batik, Pelikat, Tuala dan sebagainya. Pengiktirafan Langkawi sebagai Pulau Pelancongan yang terbaik dan Langkawi Geopark disamping status bebas cukai menjadi pemangkin kejayaan yang dicapai pada hari ini.