Matlamat kerjaya yang spesifik

matlamat
Setiap individu mengimpikan kerjaya yang boleh memberi kepuasan dan kejayaan yang cemerlang. Ianya memerlukan beberapa pelan atau strategi untuk mencapai objektif tersebut.

1. Apa kerjaya impian anda

Anda ingin mencapai cita-cita sebagai apa? Guru? Pensyarah? Doktor? Ahli sukan? Ahli muzik? Katakan anda meletakkan diri sebagai seorang yang bercita-cita sebagai jurutera.

2. Bila nak mencapai kerjaya

Bila anda nak menjadi jurutera? Katakan anda ingin menjadi jurutera pada tahun 2020, maka anda harus berikhtiar untuk mencapainya pada tahun tersebut.

3. Siapa yang nak mencapai kerjaya

Anda perlu tahu bahawa diri anda adalah orang yang patut mencapai kerjaya tersebut. Bukan ibu bapa anda, adik-beradik anda atau saudara-mara anda. Mereka sekadar pendorong. Anda adalah orangnya.

4. Berapa lama nak mencapai kerjaya

Anda nak menjadi seorang jurutera. Tentukan berapa lama untuk mencapainya. Usaha anda mungkin bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Cepat atau lambat anda perlu rancang dari sekarang.

5. Bagaimana nak mencapai kerjaya

Ini merupakan cabaran yang hebat. Bagaimana strategi, kaedah dan rancangan supaya anda berjaya menjadi jurutera. Anda harus faham apa itu jurutera, skop kerjaya, tanggungjawab dan bidang kerja. Mungkin anda perlu memilih kursus atau program yang berkaitan dengan kerjaya.

6. Jadikannya sesuatu yang menarik

Apa yang menariknya menjadi seorang jurutera? Ini tugas anda untuk senaraikannya. Mungkin dengan berkhidmat sebagai jurutera bakal membuka lebih banyak peluang untuk anda mempelajari bidang kejuruteraan dengan lebih luas.

Sumber: rujukankerjaya.com