Koleksi Buku Terbaik Hisyam Den

Nikmati kehidupan anda
Semasa Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al- ‘Arifi berumur tujuh belas tahun, beliau terjumpa senaskah buku, “ Bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain’ ( How to Win Friends and Influence People) yang ditulis oleh Dale Carnegie, yang mana beliau menganggapnya sebuah buku yang terbaik dan membacanya berulang – ulang kali.

Dale Carnegie mencadangkan seseorang harus membaca buku tersebut sekali sebulan, di mana beliau sendiri melakukannya. Beliau mula menggunakan prinsip- prinsipnya apabila berurusan dengan orang lain dan menyaksikan hasilnya yang menakjubkan.

Antara kaedah dalam buku tersebut, Dale Carnegie sering menyebut satu prinsip dan akan memberikan beberapa peristiwa dengan cara menggunakan contoh berkaitan dengan orang – orang penting, seperti Roosevelt, Lincoln, Joseph, dan beberapa orang pemimpin yang lain.

Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al- ‘Arifi merenung dan sedar bahawa tujuan Dale Carnegie hanyalah satu, iaitu untuk memperoleh kebahagian di dunia semata – mata. Apakah yang akan terjadi jika beliau mengetahui tentang Islam dan etika – etika yang diajar oleh Islam ? Sudah pasti beliau berjaya menikmati kebahagian yang abadi dan bukan hanya dunia yang seketika!

Bagaimana jika Dale Carnegie mengubah kemahiran interpersonal beliau yang menakjubkan itu kepada ibadah ( menyembah Tuhan ), yang manakah beliau akan lebih tertarik dan dekat dengan agama Islam? Apabila beliau mendapat tahu bahawa Carnegie telah membunuh diri, beliau tahu dengan yakinnya bahawa buku itu tidak memberi faedah kepada Carnegie di sebalik sanjungan dan penghargaan tinggi dalam hidup penulis buku terkenal How to Win Friends and Influence People tersebut.

Beliau mula mengkaji sejarah kita dan mendapati bahawa kehidupan Rasullullah s.a.w dan para sahabat dan kisah beberapa orang penting umat Nabi Muhammad lebih daripada mencukupi bagi mengambil pengajaran. Sejak itu, beliau mula menulis buku yang berkaitan dengan kesenian berinteraksi atau berurusan dengan orang lain. Justeru, buku Nikmati Kehidupan Anda bukanlah hasil daripada penulisan selama satu bulan atau satu tahun kerja keras. Malahan, ia merupakan hasil daripada kajian yang serius selama dua puluh tahun.

Walaupun Allah telah mengurniakan beliau dengan kebolehan untuk menghasilkan 20 buku setakat ini, dan sesetengahnya telah dicetak sebanyak berjuta – juta naskah, beliau masih lagi percaya bahawa tiada yang lebih disayangi, dihargai dan berfaedah dibanding dengan buku yang ini, yang mana beliau tulis ia dengan dakwat bercampur dengan darah; Saya curahkan segala jiwa saya dan memerah otak semasa saya menulis kata – kata ini.

Maka lahirkan buku Nikmati Kehidupan Anda tulisan Dr Muhammad bin ‘Abd al-Rahman al- ‘Arifi yang setebal 530 muka surat hasil kajian beliau selama 20 tahun. Dan buku ini antara buku ‘ Koleksi Buku Terbaik Hisyam Den ‘ yang saya beli di MPH Alamanda Putrajaya dengan harga RM 50 🙂