Kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah

“Program minda atau cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati:

Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.

Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif.

Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan. Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Hisyam Den

Hisyam Den berkelulusan Bachelor of Social Science ( Anthropology & Da’wah ) With Honours dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau mempunyai hobi yang jarang dimiliki oleh pemuda di Malaysia iaitu membaca dan menulis selain itu beliau suka mengkaji psikologi kejayaan.
This entry was posted in Motivasi Diri and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>