Isteri Yang Solehah dan Suami Yang Fasik

bismillah_wallpaper

Salam Sejahtera..

Terima kasih kerana sudi melawat blog Klinik Motivasi Com untuk mencari kalimat motivasi yang terselit di sana sini dalam artikel di blog motivasi yang tidak popular ini. πŸ™‚ Untuk pengetahuan pembaca setia blog Klinik Motivasi Com blog ini mengalami peningkatan mendadak visitor sejak akhir – akhir ini dan sekaligus meningkatkan bandwidth di blog ini.

Jika pembaca ingin saya menulis tajuk yang menarik dan bermanfaat kepada pembaca sila kemukakan di facebook Klinik Motivasi Com. Dan ia adalah percuma dan tidak dikenakan sebarang bayaran walaupun RM 0.01. πŸ™‚

Cerita kali ini bertajuk Isteri yang solehah dan suami yang pasik. Cerita bermula apabila pada zaman dahulu di dalam sebuah kampung ada sepasang suami isteri yang sudah berumur. Walaupun mereka sudah lama berkahwin terdapat perbezaan peribadi antara kedua – duanya. Si isterinya merupakan seorang yang taat dalam melakukan suruhan agama, sebaliknya suaminya pula merupakan seorang yang fasik dan meninggalkan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa berdoa agar suaminya berubah menjadi seorang lelaki yang soleh pada suatu masa kelak.

Si isteri mempunyai satu amalan yang baik iaitu dia sentiasa mengucapkan Bismillah setiap kali hendak memulakan atau melakukan perkara. Suaminya pula tidak suka dengan tabiat baik isterinya itu dan sentiasa sahaja menyindirnya.
Suaminya dengan nada mengejek selalu berkata: β€œ Apalah engkau ini asyik Bismillah, Bismillah. Tiada perkataan lainkah yang boleh engkau ucapkan selain dari Bismillah.” Isterinya tidak berkata apa –apa setiap kali mendengarkan sindiran suaminya itu. Sebaliknya dia hanya bersabar dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memberikan hidayah kepada suaminya yang fasik.

Si suami berasa tidak tenteram. Akalnya cuba untuk mencari jalan untuk melakukan sesuatu. Pada suatu hari dia telah merancang bagi membuktikan bahawa amalan Bismillah yang dilakukan oleh isterinya itu adalah sia – sia sahaja. Sambil memikirkan sesuatu dia berkata di dalam hati: β€œ Ya.. aku akan melakukan rancanganku ini. Isteriku itu pasti akan kecewa dengan bacaannya itu.”

Pada suatu hari si suaminya melaksanakan rancangannya. Bagi membuktikan kata – katanya itu dia lalu melakukan sesuatu bagi memerangkap isterinya. Dia telah memberikan seuncang wang yang banyak kepada isterinya sampai berpesan:
β€œ Wahai isteriku ! Simpanlah wang ini di tempat yang selamat supaya tidak diketahui oleh sesiapapun.” Tanpa mensyaki rancangan keji suaminya, si isteri lalu mengambil wang itu lalu menyimpannya di satu tempat yang selamat.

Tanpa disedari rupanya si suami itu telah mengintip tempat di mana isterinya menyimpan wang. Setelah isterinya pergi, dengan senyap – senyap dia telah mengambil wang tersebut lalu disimpannya pula di satu tempat yang lain.
Beberapa hari kemudian si suami itu memanggil isterinya lalu berkata: β€œWahai isteriku ! Berikan kepadaku wang yang aku berikan kepadamu untuk disimpan dahulu.” Tanpa mengetahui rancangan suaminya si isteri yang solehah itu pergi ke tempat di mana dia menyimpan wang itu sambil diikuti oleh suaminya.

Si suami dengan rasa takbur berkata di dalam hatinya: β€œ Hmmm.. hari ini akan terbuktilah bahawa apa yang dilakukan oleh isteriku itu adalah sia – sia sahaja.” Si isteri pula dengan penuh rasa yakin membuka peti yang mempunyai uncang wang itu sambil mengucapkan: β€œ Bismillahirrahmanirrahiim.”

Maha Suci Allah. Uncang wang yang telah diambil oleh suaminya itu telah digantikan semula oleh Allah. Si isteri tanpa rasa syak wasangka menyerahkan uncang tersebut kepada suaminya.

Alangkah terperancat si suami apabila melihatkan keajaiban itu. Dia lalu pergi ke tempat uncang wang yang disimpannya dan mendapati wang itu masih berada di situ. Kali ini si suami itu percaya akan kekuasaan Allah. Dia berasa amat bersalah dan mengakui segala perbuatannya itu kepada isterinya.

Akibat dari peristiwa tersebut si suami akhirnya bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah. Dia juga mengikuti amalan mulia yang dilakukan oleh isterinya iaitu membaca Bismillah apabila setiap kali hendak memulakan sesuatu perkara. Si isteri mengucapkan syukur kepada Allah kerana suaminya telah berubah menjadi seorang lelaki yang soleh.
Sekian sahaja untuk kali ini.

Ps: Iklan: Jika anda memerlukan pelan takaful keluarga samada untuk pelan persaraan, pelaburan, simpanan haji/umrah dan pendidikan anak – anak. Anda boleh hubungi saya Hisyam di website www.HisyamDen.com @ 012-628 4294 ( WhatApps @ Call )