Fenomena Manja Dalam Menuntut Ilmu oleh Ustaz Zaharuddin

penting menuntut ilmu

Kadang-kadang ada di antara kita yang terlalu ‘MANJA’ dalam menuntut ilmu. Sedangkan susah payah dan PENGORBANAN dalam menghadiri majlis ilmu adalah satu faktor besar bagi keberkatan ilmu. Cuba fikirkan :

a. Ada orang yang bila seseorang ‘alim, ustaz atau guru hadir berceramah di suatu tempat yang bukan berdekatan mereka. Mereka MINTA GURU datang mengajar di tempat mereka.

b. Bila buat di tempat mereka, mereka MINTA GURU mengajar buat pada waktu mereka cuti.

c. Bila buat waktu mereka cuti, mereka ada program lain lalu MINTA GURU yang mengajar upload ceramah ke youtube.

d. Bila dah upload ke youtube, mereka komen kenapa panjang sangat, MINTA GURU buat pendek-pendek agar tidak letih menonton.

e. Bila ada soalan mereka send ke email, sms, whatsapp, inbox facebook guru lalu MINTA GURU jawab dengan segera.

f. Bila guru lambat balas, mereka hentam GURU sebagai sombong, berlagak selebriti. Lalu MINTA guru bertaubat.

g. Bila guru membalas ringkas dan pendek serta padat, mereka anggap GURU tidak hikmah dalam berbahasa kerana kelihatan kasar tanpa pendahuluan.

h. Bila semua ini dinyatakan, akan ada yang MINTA GURU bersabar..nasihatkan guru bahawa itu asam garam dalam dakwah. Sedangkan mereka sendiri lupa untuk SABAR hadapi susah payah hadiri ke majlis ilmu guru terbabit.

Adakah begini kesungguhan dan cara sebahagian kita dalam mempelajari ilmu agama untuk diri, kebaikan di alam barzakh dan akhirat? Sedang ia perkara serius yang patut setara keutamaannya seperti keluar bekerja mencari nafqah dan gaji. malah patut LEBIH SERIUS lagi.

‘Manja’ dalam mencari ilmu akan hanya bertemu dengan penghayatan ilmu yang LEMBIK, LESU, LUARAN HEBAT DALAM KOSONG dan kurang mampu diamalkan juga.

– Buat Muhasabah Diri dan Yang Sudi –

Dr. Zaharuddin Abd Rahman