Elakkan pembaziran di Bulan Ramadan

Elakkan pembaziran di Bulan Ramadan ni sahabat- sahabat sekalian. Kerana pembaziran itu adalah amalan syaitan.

Dalam video diatas, teguran yang sangat kreatif telah dilakukan. Bagaimana bermula dengan petani bersawah, nelayan menangkap ikan dan lain – lain menjalankan kerja masing – masing.

Tetapi bila sampai kepada pengguna akhir ( kebanyakan kita lah tu ) akan sentiasa membazir. Terutama makan kat hotel dan restoren.

Di akhir video ni, ‘pengguna akhir’ menghabiskan juga makanan dia kerana memikirkan banyak kerja – kerja orang lain juga untuk mendapatkan sepinggan nasi.

ps: Satu video yang kreatif 🙂