Cerita Rama – rama dan Kepompong

rama - rama
Seorang budak ternampak rama – rama sedang bergelut mahu keluar dari kepompongnya. Dia merasa sangat kasihan kepada rama – rama tersebut. Dia pun menolong dengan membukakan kepompong itu supaya anak rama – rama itu senang keluar.

Disebabkan budak itu, rama – rama tersebut senang sahaja keluar dari kepompongnya. Untuk dijadikan cerita, rama – rama itu pun keluar dan kembangkan sayapnya, kononnya nak berdiri dan terbang.

Beberapa minit kemudian, tiba – tiba rama – rama tu jadi lembik, bukan setakat lembik, tetapi terus mengecut. Kenapa ? Sebab terlalu awal dikeluarkan dari kepompong. Rama – rama itu, belum cukup bersedia untuk keluar kepompongnya disebabkan budak tersebut. Sebenarnya, kesusahan dalam kepompong itu adalah proses ( faktor semulajadi @ sunnahtullah) untuk menjadikan dia lebih kuat.

Bila dia menggeliat nak pecahkan kepompong tu, sendi- sendinya akan jadi lebih kuat. Tiba – tiba dibukakan kepompongnya dengan menyerbunya cahaya matahari dan udara, sedangkan anak kupu – kupu tu belum bersedia. Hasilnya, rama –rama itu semakin lemah lalu mati.

Pengajaran cerita kepada kita. Kita sengaja disusah – susahkan sebagai persediaan untuk menghadapi keadaan yang lebih sukar nanti. Bukankah kita disusah – susahkan sejak kecil, kena pergi sekolah, kena pergi universiti, susah tu.. tapi hujungnya dapat kerja dan gaji setiap bulan.

Dah kerja pulak disusah – susahkan oleh majikan, diberikan cabaran, diberikan target, kadang – kadang diugut, dihukum, kenapa ? Rupa – rupanya untuk diberikan pangkat yang lebih besar suatu masa nanti.

Mana ada orang masuk kerja terus dimanjakan, kemudian dinaikan pangkat, diberi gaji besar, kecuali pejabat Papa dan Mama dia yang punya. Selebihnya, orang macam kita yang kena berjuang habis – habisan untuk hidup, untuk berjaya dalam hidup dan untuk kekal berjaya dalam hidup . Kita kena jadi proaktif. Usah marah dan putus asa oleh cabaran dan usaha bermuram durja oleh ujian yang kita hadapi.

ps: Jika anda menjalankan bisnes online dengan media sosial iaitu facebook. Dan anda tidak ada masa untuk belajar facebook ads. Hubungi saya di www.hisyamden.com untuk mendapatkan khidmat konsultan facebook ads secara percuma ok. 🙂