Realiti Sebenar Urus Media Sosial Facebook oleh Saiful Nang

Saiful Nang Academy
Menurut Saiful Nang secara purata, page beliau akan block dalam 5 hingga 10 orang setiap hari. Walaupun selepas kena block mereka akan keluar statement seperti:
“aku cakap baik-baik”
“Aku tegur elok-elok jer”
“Aku tak buat apapun”
“Aku cuma kritik jer”

Namun pada realiti, menurut Saiful Nang lagi yang kena block itu ialah mereka yang jatuh dalam kategori salah satu atau lebih dari satu yang berikut:

– Komen perkauman
– Komen dengan kata-kata kesat
– Komen menyentuh sensitiviti agama Islam dan Agama lain
– Komen penyebaran fitnah
– Iklan gigolo/sugar mummy/sugar daddy whatever
– SPAM
– Post flood seperti “rainbow” dan “Najib Sila Letak Jawatan” yang ditulis berulang-ulang (tulis sekali tak kena ban).
– Serangan peribadi kepada pemilik page dan organisasi-organisasi yang diwakili (PM will be much appreciated).

Selain dari itu, anda boleh lihat ada banyak lagi komen yang tidak bersetuju dengan page Saiful Nang juga kritikan-kritikan masih dibiar berada di page itu tanpa di delete. Maka, jika anda sampai kena ban itu bermakna anda memang layak di ban. Keep Reading →

Biodata Tokoh: Tun Dr. Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dikalangan sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945.

Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain.

Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.

Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar.

Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr. Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.

Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times di bawah nama pena ‘C.H.E Det’ antara tahun 1946-1950. Penulisan merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun 1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku “Dilema Melayu” yang diterbitkan dalam tahun 1970. Keep Reading →

Media Arus Perdana Dimiliki Parti Politik

media arus perdana

 

Saya tidak fikir muka depan akhbar kerajaan akan memaparkan kejayaan pembangkang, sama halnya laporan Umno positif di akhbar milik Keadilan. – Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali

Media arus perdana di negara ini dimiliki oleh parti politik dan cenderung berkhidmat dengan ‘political masters’ mereka.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abd Jalil Ali berkata, rakyat sudah memahami dan menerima keadaan itu.

“ Semua orang tahu, media arus perdana dimiliki oleh parti politik seperti Umno dan MCA. Begitu juga akhbar yang dimiliki oleh DAP, Keadilan dan Harakah. Orang Malaysia perlu diterima, waima kerajaan atau pembangkang. Saya tidak fikir muka depan akhbar kerajaan akan memaparkan kejayaan pembangkang, sama halnya laporan Umno positif di akhbar milik Keadilan.

‘Orang PKR berharap keluar muka depan di akhbar Umno dan ini perkara mudah. Kita hanya membazir masa. Kita patut tahu akhbar dimiliki oleh parti tidak akan memihak parti lawan’, katanya semalam.

Namun, kata Abd Jalil, rakyat tidak boleh menyalahkan hal itu dan rakyat perlu terima. Katanya, apa yang dibimbangkan dan masalah yang patut direnung apakah peranan media tidak kira arus perdana atau tidak laporannya itu memberi kesan kepada proses pengundian yang perlu dibincangkan.

Sementara itu, katanya, beliau tidak pasti sejauh mana peranan akhbar boleh mempengaruhi undi. ‘Saya tidak pasti perangkaan menunjukkan jika membaca akhbar arus perdana akan memilih Umno,’ katanya.

Hakikatnya, Abd Jalil berkata, pastinya ada sedikit kesan, namun perlu diterima bahawa rakyat telah membuat keputusan terlebih dahulu. Katanya, kajian boleh dilakukan sama ada oleh Merdeka Center dan boleh buat kesimpulan adakah peranan media pengaruhi corak pengundian rakyat.

‘Dalam era siber ini, katanya, semua orang boleh jadi media. Persoalannya apakah yang dibaca itu mempengaruhi anda untuk memangkah pembangkang atau kerajaan,’katanya.

Menjawab pertanyaan moderator, perlukah media dimiliki parti politik. Namun beliau berpandangan, dengan tidak memberi ruang kepada pihak lawan akan menyekat rakyat mendapat maklumat.

Sumber: Sinar Harian