Sabar Dalam Ujian

sabar dengan ujian

Subuh menjelma selepas hari gelap. Segala makanan terasa amat sedap setelah kita melalui kelaparan. Kita terasa amat lega terjumpanya tandas setelah menahan diri dari  membuang air sekian lama. Semua di atas ada hikmahnya.

Semua ini terjadi kerana Allah ingin menyedarkan kita untuk bersabar dalam mengharungi segala ujian-Nya, kerana semuanya adalah untuk mendapat ganjaran Allah atau menginsafkan dosa kita pada akhirnya.

Oleh itu, umat Islam digesa sentiasa berusaha, sentiasa mencuba, rajin dan tabah untuk keluar daripada sebarang kemelut ujian Allah.

Kerana semua ini akan menekadkan dan mendekatkan jiwa dan semangat kita dan taqwa kita kepada Allah. Jangan putus harap, jangan putus asa, teruskan mencuba dan ingatlah Allah selalu dan Senyum, insha- Allah kita akan jumpa cahaya.

Sumber: Buku Senyumlah

Kerja Bertangguh Tak Menjadi

Tangguh kerja atau bertangguh untuk melakukan perkara yang patut dilakukan sudah menjadi semacam tabiat ramai. Masakan tidak, banyak bahan motivasi disediakan untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja tersebut. Ada buku motivasi khusus untuk membantu orang ramai mengatasi masalah tangguh kerja, ada juga artikel dan tips motivasi yang disiarkan di majalah, di akhbar, blog, laman web dan sebagainya.

Antara tips motivasi untuk mengatasi masalah tangguh kerja adalah menyediakan “senarai tugas hari ini”. Yang menjadi masalah adalah senarai disediakan tetapi tugas tak dibereskan. Nasihat Nike, “Just Do It” (buat je). Kenapa tak buat atau tangguh?

Artikel motivasi kali ini memberi tiga tip bagaimana membina motivasi diri untuk mengatasi tabiat suka tangguh kerja Keep Reading →

Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari. Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya? Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang! Keep Reading →

Mengenali Personaliti Diri Sendiri – Dr Fazilah Kamsah

Kita sebenarnya tidak mengenali diri sendiri..kerana itu pelbagai tanggapan yang timbul..banyak yang mengaitkan personaliti kita dengan bulan dan tarikh kelahiran kita..kita didedahkan dengan bintang VIRGO,LIBRA dan sebagainya..apakata kita teliti personaliti kita dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato’Dr Fazilah Kamsah..sekadar panduan dan jangan dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje…

RAHSIA BULAN DAN KELAHIRAN..

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak. Keep Reading →

5 Cara dan Gaya Berfikir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 Cara Berfikir yang Insyallah boleh membuat kita mencapai apa yang kita citakan.

1 . Berfikir Besar.

Kalau anda pernah membaca buku The Magic of Thinking Big, atau Berfikir dan Berjiwa Besar, anda pasti tahu betapa menguntungkan mempunyai cara fikir besar. Berfikir besar bererti meyakinkan diri sebenarnya berkemampuan besar dalam diri kita untuk mewujudkan apapun yang kita fikirkan. Berfikir besar bererti tidak membatasi diri anda dengan keadaan tertentu, sebaliknya anda melihat segala sesuatu dari segala arah. Berfikir besar bererti berani menetapkan tujuan hidup yang besar, dan sebagai hasilnya anda akan mendapatkan hasil yang besar.

2 . Berfikir Progresif.

Berfikir progressif jangka panjang bererti melihat segala sesuatu jauh ke masa depan. Seseorang yang berfikir panjang akan melihat segala sesuatu dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh terjadi , bukan hanya apa yang ada sekarang. Berfikir panjang bererti memikirkan hasil akhir dari segala sesuatu. Memikirkan berterusan, apakah ini baik atau lebih baik. Apakah ini sama dengan tujuan akhir saya?

3 . Berfikir Positif.

Anda mesti sudah faham mengenai berfikir positif. Hampir setiap hari di banyak media, blog, buku, seminar, berfikir positif diajarkan. Berfikir positif bererti melihat segala sesuatu dari sisi baik sahaja.

4 . Berfikir Sugestif.

Contohnya begini, jika orang positif melihat sesuatu dari sisi positif, maka berfikir sugestif melihat sesuatu dari sisi neutral. Kemudian berusaha membuatnya menjadi lebih baik. Misalnya jika orang yang berfikir positif terjatuh, maka ia akan mengatakan. “Aku tak apa-apa, aku ok sahaja.” Sebaliknya orang yang berfikir sugestif akan berkata, “Aduh, lututku luka, aku akan mencari cara untuk menyembuhkannya!”

5 . Berfikir di luar Kotak.

Atau Think out of the box adalah cara berfikir yang sangat baik, di mana seseorang itu tidak terpaku hanya pada satu pola atau kebiasaan-kebiasaan tertentu sahaja. Seseorang yang berfikir di luar kotak, adalah orang yang tidak membataskan fikiran dan dirinya. Dengan demikian selalu ada idea-idea yang tidak diduga yang terkadang muncul dari fikirannya.Orang yang berfikir diluar kotak pasti adalah orang yang kreatif.

Kredit: Isu Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...