Kunci Kejayaan Nombor Satu: Keinginan

Salam Sejahtera..

Kunci Kejayaan dalam kehidupan adalah keinginan. Tidak kira samada anda kerja dengan orang lain atau bekerja sendiri. Kuncinya adalah keinginan yang membara dalam diri. Dan keinginan untuk meningkatkan ‘nilai’ diri anda dari semasa ke semasa.

Sekian sahaja untuk kali ini.

ps: Tonton video itu sampai habis ye, susah – susah saya update blog ni dekat cyber kafe untuk peminat setia blog klinik motivasi com ni. 🙂

Matlamat kerjaya yang spesifik

matlamat
Setiap individu mengimpikan kerjaya yang boleh memberi kepuasan dan kejayaan yang cemerlang. Ianya memerlukan beberapa pelan atau strategi untuk mencapai objektif tersebut.

1. Apa kerjaya impian anda

Anda ingin mencapai cita-cita sebagai apa? Guru? Pensyarah? Doktor? Ahli sukan? Ahli muzik? Katakan anda meletakkan diri sebagai seorang yang bercita-cita sebagai jurutera.

2. Bila nak mencapai kerjaya

Bila anda nak menjadi jurutera? Katakan anda ingin menjadi jurutera pada tahun 2020, maka anda harus berikhtiar untuk mencapainya pada tahun tersebut.

3. Siapa yang nak mencapai kerjaya

Anda perlu tahu bahawa diri anda adalah orang yang patut mencapai kerjaya tersebut. Bukan ibu bapa anda, adik-beradik anda atau saudara-mara anda. Mereka sekadar pendorong. Anda adalah orangnya.

4. Berapa lama nak mencapai kerjaya

Anda nak menjadi seorang jurutera. Tentukan berapa lama untuk mencapainya. Usaha anda mungkin bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Cepat atau lambat anda perlu rancang dari sekarang. Keep Reading →

Rezeki Yang Telah Ditetapkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rezeki-Yang-Telah-Ditetapkan

Nikmat rezeki yang kita miliki dalam hidup ini telah tetapkan oleh Allah dan ia adalah hakNya untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Jangan di kejar gunung, kerana gunung tidak akan bergerak. Begitu juga dengan rezeki, kalau itu memang hak kita, ia tidak akan lari jauh dari kita. Kita perlu bersabar sebelum dapat menikmati kekayaan dan kemewahan dari rezeki yang telah ditentukan untuk kita.

Kita tidak boleh terlalu gopoh untuk mengejar kekayaan dan kemewahan di dunia ini. Kita sendiri pasti tidak suka jika kita terlalu didesak oleh orang lain untuk mendapatkan sesuatu dari kita. Begitu juga dengan rezeki kita, jika kita terlalu mendesak ianya akan menjadi sukar untuk diperolehi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada sesuatu itu hak kita atau tidak. Kita cuma boleh berdoa dan meminta petunjuk dariNya.

Memang tidak dinafikan, perjalanan menuju ke arah kekayaan yang kita inginkan tidak semudah yang disangka. Kita perlu berperang dan bersaing dengan manusia lain. Kita perlu pilih sama ada kita mahu gunakan senjata yang baik ataupun buruk untuk bersaing dengan orang lain. Jika dilakukan dengan cara yang baik kita sendiri yang akan mendapat manfaatnya. Begitulah juga sebaliknya.

Berusahalah dengan sedaya upaya dan penuh yakin bahawa Allah akan sentiasa membantu kita. Jangan pernah merasa cepat berputus asa. Orang yang cepat berputus asa adalah orang yang sangat rugi. Jika kita melihat ramai orang yang telah berjaya, kita juga pasti boleh berjaya seperti mereka juga. Setelah gigih berusaha, iringi usaha kita itu dengan berdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dialah yang maha berkuasa untuk menentukan segalanya.

Kejayaan dan kemewahan pasti akan datang kepada manusia yang yakin dan sentiasa mahu mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik. Setiap hari lakukan perancangan dan mula untuk mengubah kehidupan kita ke arah lebih baik. Ucapkan selamat tinggal kepada kegagalan, selamat datang kejayaan. Berusahalah untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan juga akhirat. InsyaAllah kejayaan sebenarnya pasti akan menjadi milik kita.

ps: Like saya Facebook http://www.facebook.com/mohdhisyamfan

Follow saya di Twitter http://twitter.com/mohdhisyam

Subscribers saya di Youtube http://www.youtube.com/user/hisyamTV

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...