Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam

modul motivasi islamMutakhir ini, semakin ramai umat Islam yang ingin mendapatkan perkhidmatan motivasi berasaskan Islam Ia adalah sesuatu yang positif kerana menunjukkan keinginan masyarakat untuk kembali kepada Islam dalam memotivasikan diri mereka.

Mereka yakin bahawa agama adalah penyelesaian kepada segala masalah dalam isu moral, disiplin, kerjaya, pelajaran dan sebagainya. Selaras dengan permintaan yang tinggi, program-program motivasi berunsur Islam sama ada secara persendirian atau berkumpulan tumbuh dengan begitu pesat.

Namun begitu, ruang motivasi yang terbuka luas, dibimbangi boleh mencemarkan imej Islam sekiranya dilaksanakan tanpa satu garis panduan yang jelas. Lebih membimbangkan, dunia moden menyaksikan betapa kepesatan ilmu motivasi Barat telah mendominasi dunia motivasi itu sendiri.

Keadaan ini memerlukan sebarang unsur – unsur asing yang tidak bersesuaian dan bercanggah dengan kesucian Islam diteliti dan ditapis agar motivasi yang disampaikan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Berlandaskan realiti tersebut, garis panduan ini digarap untuk menjadi rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program motivasi berunsur Islam. Keep Reading →

SPA panggil anda 29 OGOS ini ?


Saya baru perasan tadi, SPA dah umumkan calon
yang layak untuk menduduki Peperiksaan Bertulis
Kemasukan sebagai Pegawai Penerangan S41 pada 29 Ogos ini.

Anda boleh buat semakan melalui link ini;

[+] http://www.spa.gov.my/Portal/Semak_Online/Jadual_Peperiksaan

Jika anda dipanggil, jangan hadir tanpa
persediaan, peluang untuk anda gagal besar
jika anda buat begitu.

Rujukan ini wajib anda baca. Ianya oleh
Team Infokerjaya yang telah bantu ribuan
calon lulus sejak tahun 2009 lagi. Terus ke;

www.pegawaipenerangan.com

Sekadar nak berkongsi 🙂

Modul Motivasi Pelajar Super

Salam Sejahtera..

Memandangkan keyword modul motivasi sentiasa dicari di enjin pencari seperti Google dan Yahoo. Saya ingin menulis pada kali ini tentang modul motivasi untuk pelajar sekolah.

Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, seseorang itu perlu membina kapasiti diri dan mempelajari teknik-strategi yang betul. Modul Menjadi Pelajar Super telah dijalankan di ratusan buah sekolah, dan dibukukan dalam 3 jilid buku yang bakal terbit tidak lama lagi. Bagaimana untuk meningkatkan motivasi belajar, sakhsiah diri, dan fikiran positif? Tingkatkan keupayaan kefahaman, keupayaan memori dan kemahiran output learning.
modul-pelajar-super.JPG
Objektif Modul
1. Untuk membantu pelajar mengatasi masalah motivasi belajar, dengan mencetuskan motivasi dari dalam diri mereka sendiri.
2. Meningkatkan tahap fokus dan tumpuan belajar dengan memahami mekanisme minda beroperasi.
3. Meningkatkan kekuatan memori belajar dengan beberapa ‘kuasa memori’ yang diaplikasikan dalam teknik-teknik Memori Super.
4. Mewujudkan rasa seronok dan minat belajar di kalangan para pelajar, dengan teknik pembelajaran yang sungguh menarik dan menyeronokkan.

Kredit: KuasaMotivasi