Isu Berubah. Masalah Akar Tetap Sama


Isu sentiasa berubah. Hari ini panas isu lain. Esok masyarakat beralih ke isu lain. Namun hakikatnya masalah akarnya masih sama.

Satu masa dahulu kita digemparkan remaja perempuan kita rela membiarkan dirinya dipeluk artis korea di atas pentas, tidak lama sebelum itu tersiar di akhbar remaja perempuan kita seronok dipeluk Justin Bieber, hari ini kita ditayangkan dengan isu-isu seperti Alif Syukri dan Sajat, seperti isu belia muslimah kita berkabung untuk artis korea.

Isu berubah-ubah. Tetapi hakikatnya masalah akar tetap sama.

Itulah dia kehilangan pemahaman dan disiplin sebagai Muslim di dalam hidup.

Kehilangan ini kadang bukan disengajakan oleh empunya badan. Tetapi disengajakan oleh masyarakat secara kolektif. Maka perlahan-lahan disiplin ini rapuh dan meroboh, kemudian mudah dilunturkan daripada peribadi-peribadi.

Saya pernah bangkitkan beberapa kali betapa sebenarnya kita sebagai masyarakat punya tanggungjawab kolektif untuk membentuk suasana yang lebih baik.

Proses kehilangan disiplin sebagai Muslim ini telah berjalan perlahan-lahan. Ini bukan konspirasi illuminati atau freemason. Tetapi ini ialah apa yang berlaku.

Antara yang terbesar ialah pendidikan Islam di dalam sistem pendidikan kita yang tidak berjaya dijadikan asas utama. Islam sekadar menjadi mata pelajaran yang pemahamannya sekadar diukur dengan kejayaan ujian dan peperiksaan.

Seterusnya media massa dan ikon-ikon masyarakat, yang Muslim & Muslimah, tidak membantu dalam memperkukuhkan fahaman Islam dan disiplinnya yang benar. Islam hanya diangkat bila market boleh buat duit. Era tudung menjadi trend fesyen, maka watak utama drama pukul 7 pun pakai tudung walaupun artisnya hidup tidak kisah fasal tanggungjawab diri sebagai muslimah untuk menutup aurat. Televisyen yang menganjurkan rancangan bertemakan Islamik pada satu sesi dan masa, pada masa yang lain stesen televisyen yang sama menyiarkan apa yang tidak selari dengan rancangan-rancangan Islamik tadi.

Ini mengelirukan masyarakat awam. Tambahan, apa yang saya nyatakan di awal tadi, sistem pendidikan negara kita tidak memperkukuhkan fahaman Islam sebagai cara hidup. Apa yang media massa lakukan, artis dan selebriti muslim muslimah kita tunjuk pula, akhirnya menjadi ‘guru’ kepada masyarakat akan apa itu Islam.

Tetapi akhirnya, apabila kerosakan berlaku, kita mula bermain tuding jari. Salahkan ibu bapa. Salahkan guru. Padahal kita maklum, bukan semua ibu bapa di negara ini ada masa untuk anak-anak. Wujud ramai ibu bapa yang bergadang pagi petang siang malam sekadar mencari sesuap rezeki. Guru-guru? Pelajar lagi ramai dari guru. Pasti akan ada yang tercicir. Keep Reading →

I’tiqad Wahabi bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


I’tiqad Wahabi bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Like Facebook Klinik Motivasi
Follow Instagram Klinik Motivasi
Follow Twitter Klinik Motivasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...