Teknik Sebenar Membuang Tabiat Buruk

pilih tabiat kita

Seorang hartawan runsing memikirkan anaknya yang memiliki beberapa tabiat buruk. Walaupun belum menimbulkan masalah yang besar, beliau tetap khuatir. Jika dibiarkan tanpa ditangani, anak lelaki tunggalnya yang akan mewarisi sebahagian besar hartanya serta mengurus perniagaannya bakal bertukar menjadi remaja bermasalah.

Lantas, hartawan tersebut meminta bantuan seorang ahli psikologi sebuah universiti tempatan, iaitu Profesor Hisyam.

Sarjana itu diminta untuk menghabiskan masa hujung minggunya bersama keluarga dan anak hartawan berkenaan di kediaman mereka di sebuah kawasan perumahan elit di pinggir bandar raya Kuala Lumpur.

Pada hari pertama, setelah menghabiskan masa berbual – bual dengan hartawan berkenaan bersama isteri serta anak mereka secara berasingan, maka Profesor Hisyam lebih jelas akan masalah yang berada di hadapannya.

Dalam usaha mengenali remaja tersebut dengan lebih mendalam lagi, Profesor Hisyam membawa remaja itu bersiar – siar di kebun bunga di sekitar rumah hartawan berkenaan. Kebetulan taman bunganya agak semak dan kurang terurus kerana sudah dua minggu tukang kebun balik ke kampung menziarahi ibunya yang sakit.

Tiba – tiba sarjana psikologi itu menghentikan langkahnya lalu mengajak remaja itu mencabut pokok – pokok kecil yang tumbuh di situ. Remaja itu memegang tumbuhan kecil itu antara ibu jari dengan jari telunjuknya sebelum mencabutnya.

Sarjana itu kemudiannya meminta dia menarik pokok renek. Remaja itu menarik pokok tersebut dengan kuat dan pokok itu tercabut keluar, beserta keseluruhan Keep Reading →

Ujian Minda Ke Atas Tiga Beradik

lilin
Pada zaman dahulu, terdapat seorang lelaki tua dan tiga orang anak lelakinya. Si ayah sudah lanjut usia dan tinggal bersama anak – anaknya di sebuah pondok usang dan kecil di atas sekeping tanah yang luasnya ibarat sekangkang kera. Lelaki tua yang miskin itu memanggil ketiga – tiga anak lelakinya menemuinya.

Kata lelaki tua itu, “ Ayah tidak mampu untuk membahagikan harta ayah kepada kalian dengan mencukupi kerana ia terlalu sedikit. Jadi sebelum ayah menghembuskan nafas yang terakhir, ayah telah memutuskan untuk memberikan kepada seorang sahaja anak ayah.”

Ketiga – tiga anaknya mendengar dengan penuh khusyuk tanpa apa – apa soalan.

“ Di atas meja itu ada sembilan keping wang syiling,” kata lelaki tua itu. “ Ayah mahu kamu bertiga mengambil tiga keping syiling setiap seorang dan dengan syiling itu, kamu perlu membeli apa – apa saja yang dapat memenuhi seluruh ruang pondok kecil ini.

Balik ke sini semula esok. Sesiapa antara kamu yang berjaya berbuat demikian akan mendapat harta ayah untuk dijadikan miliknya.”

Tanpa membantah atau meminta penjelasan lanjut daripada ayah mereka, tiga beradik itu mengambil tiga keping wang syiling setiap seorang lalu beredar dari situ. Mereka mula berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dibentangkan oleh ayah mereka.

Secara berasingan, anak pertama dan kedua pergi ke segenap kampung untuk mendapatkan barangan yang sesuai untuk menjayakan tugas yang diberikan. Keep Reading →

Seorang Hebat, Seorang Lagi Merempat

hakim

Ini kisah dua orang adik – beradik yang dikenali ramai. Mereka tinggal di sebuah pekan kecil di pinggir kota New York. Seorang penagih dadah dan pemabuk manakala seorang lagi ialah hakim mahkamah tinggi dan dermawan terkenal yang dihormati dan disanjungi masyarakat di bandar tersebut.

Orang ramai terkejut apabila mendapat tahu bahawa mereka sebenarnya adalah adik – beradik; daripada ibu dan bapa yang sama serta dibesarkan di rumah dan di persekitaran yang sama.

Suatu hari, seorang wartawan ingin menulis mengenai dua beradik yang bertentangan identiti ini. Ia bertanya kepada si penagih dadah dan pemabuk itu,” Mengapakah awak menjadi begini ? Awak penagih dadah dan pemabuk serta dilaporkan selalu memukul anak dan isterimu. Apakah yang mendorong kamu menjadi begini?”

Lantas dia menjawab,”Ayahku.”

“Kenapa dengan ayahmu?” tanya wartawan tadi.

Kemudian dia membalas,”Ayahku seorang penagih dadah, pemabuk, garang dan panas baran.Aku, abangku dan juga ibu kami selalu kena pukul.Dia sangat kedekut.

Semua mahu dibolotnya.Apa lagi yang kamu rasa akan jadi kepadaku ? Itulah diriku! Aku terpengaruh dengan apa yang ayah aku lakukan.

Semuanya dalam darah daging aku.Jangan salahkan aku.

Semuanya berpunca daripada ayah aku!!”

Kemudian wartawan itu pergi bertanya pula kepada yang si abang; hakim dan dermawan yang disanjungi masyarakat sekitar.“Tuan, tuan seorang hakim yang berjaya, seorang dermawan dan dihormati ramai.

Manakala, adik tuan pula seperti yang semua ketahui adalah seorang yang bermasalah.

Siapakah pendorong tuan?”

Jawapan yang diberikan amat mengejutkan mereka.

“Ayahku,”

“Bagaimana pula?” soal wartawan tadi kebingungan.

“Semasa saya masih kecil, ayah kami seorang penagih dadah dan pemabuk.Seingat saya dia tidak pernah memberi wang kepada kami.Semuanya daripada ibu.Bukan itu sahaja, malah ayah selalu memukul saya, adik saya dan ibu kami. Keep Reading →

The Power Of Hope ( Harapan )

hope
Terdapat empat batang lilin yang sedang menyala. Sedikit demi sedikit keempat – empatnya mencair dan meleleh. Suasana pada malam itu pula begitu sunyi sehingga terdengar perbualan mereka sesama sendiri.
Lilin pertama berkata, “ Aku adalah Damai, tetapi manusia tidak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” Maka sedikit demi sedikit, lilin pertama itu terpadam.

Lilin kedua pula berkata, “Akulah Iman. Sayang .. aku tidak berguna lagi kerana manusia tidak mahu mengenaliku. Untuk itu tiada gunanya aku terus menyala.” Sejurus selesai berbicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan perasaan sedih, lilin ketiga pula berkata, “Aku adalah Cinta, namun aku tidak mampu lagi untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. Malah mereka sering membenci, bahkan membenci mereka yang bercinta dan membenci keluarganya.”Tanpa menunggu lama, lilin ketiga pula mati.

Tanpa diduga, tiba –tiba seorang kanak –kanak perempuan memasuki kamar tersebut dan melihat ketiga –tiga lilin telah terpadam. Keep Reading →

Bos Kilang Daging Terperangkap Dalam Stor

kilang
Ada seorang wanita bekerja sebagai bos kilang daging. Pada satu hari selepas waktu bekerja wanita tersebut masuk ke dalam bilik khas membeku daging untuk melakukan pemeriksaan.Semasa sedang khusyuk memeriksa tiba-tiba pintu bilik tersebut tertutup dengan sendiri.

Sehubungan dengan itu, wanita tersebut cuba untuk membuka pintu bilik pembeku tersebut tetapi gagal. Beliau cuba berteriak untuk meminta pertolongan namun tiada seorang pun yang mendengar sebab semua pekerja kilang telah pulang. Suhu bilik pembeku daging yang semakin sejuk memaksa wanita tersebut untuk mencuba pelbagai cara untuk melepaskan diri namun semuanya gagal.

Akhirnya wanita tersebut penat dan tidak berdaya lagi untuk berbuat apa-apa. Setelah lima jam berada di dalam bilik tersebut,wanita itu terbaring dan semakin mengeras kesejukan namun masih bernyawa.Dalam keadaan nyawa- nyawa ikan, tiba-tiba dia ternampak pintu bilik itu dibuka, wanita itu cuba untuk membuka mulut meminta tolong tetapi dia sangat lemah dan hampir beku..

Rupa – rupanya, sekuriti kilang daging itu telah datang dan membantu wanita tersebut.
Dipendekkan cerita,setelah sihat sepenuhnya,bos wanita tersebut bertanya kepada sekuriti bagaimana dia tahu bahawa ada orang terperangkap di dalam bilik pembeku itu.. Keep Reading →

Penjual Ikan Segar yang Budiman

Penjual Ikan Segar
Pak Azman sibuk menyiapkan gerainya untuk menjual ikan. Hari ini dia merancang untuk mengiklankan ikan yang dijualnya dengan menggunakan sebuah papan hitam kecil yang tertulis, ‘Di sini Ada Dijual Ikan Segar’.

Tidak lama kemudian, datang Azizan, pengunjung pertama. Setelah Azizan meneliti papan kecil di gerai Pak Azman, dia pun memberi pandangan.

“Begini, Pak Man, Pak Man tak perlu tulis perkataan, “Di sini’ sebab memang Pak Man tak jual ikan ‘ Di sana’, betul tak ?”

Pak Azman mengangguk – angguk setuju dengan pendapat Azizan itu. Tanpa berfikir panjang, dia memadam perkataan ‘Di sini’ dan yang tinggal hanyalah perkataan ‘ Dijual Ikan Segar’.

Selang beberapa minit kemudian, datang pula pengunjung kedua, iaitu Ravi. Setelah terlihat iklan Pak Man, dia terus memberi kan pendapatnya.

“Minta maaf, Pak Man. Rasa – rasanya tak perlulah Pak Man tulis perkataan ‘Segar’ pada papan tulis tu sebab memang semua orang tahu ikan yang Pak Man jual segar – segar belaka!” Keep Reading →

Si Ular dengan Gergaji

ular di gudang kayu
Alkisah, seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu di petang hari. Kebiasaan si tukang kayu, membiarkan sebagian peralatan kerjanya masih berserakan dan tidak merapikannya.

ketika ular itu berjalan kesana kemari di dalam gudang, tanpa sengaja ia merayap di atas gergaji.

Tajamnya mata gergaji, menyebabkan perut ular terluka. Tapi ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali.
Serangan itu menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah dan putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya. Keep Reading →